v Imbas Suka Duka Awal Pembabitan Dalam Bidang Seni, Datuk Aaron Aziz Tayang Kereta Pertama, -“Jadi Rumah Kalau Tak Ada Tempat Tidur”
Expired : 18.06.18

Imbas Suka Duka Awal Pembabitan Dalam Bidang Seni, Datuk Aaron Aziz Tayang Kereta Pertama, -“Jadi Rumah Kalau Tak Ada Tempat Tidur”

Pelakon yang kini bergelar Datuk, Aaron Aziz baru-baru ini ada mengimbas kenangan nostalgia ketika dia awal-awal membabitkan diri dalam industri seni dan bergelar selebriti.

Aaron Aziz dalam entri terbaru instagramnya telah mendedahkan kereta pertama yang digunakan sepanjang tempoh awal kariernya di sekitar tahun 2005 – 2008.
Banyak berjasa kepada Aaron, kereta berjenama Vios itu telah digunakannya untuk mengembara dan berulang alik antara Kuala Lumpur dan Singapura selama tempoh tiga tahun ketika mula bertapak sebagai pelakon di Malaysia.

View this post on Instagram

TabarakALLAH . My first car. Kereta yg byk berjasa pada tahun 2005-2008. Naik turun SG-KL selama 3 tahun masa mula berlakon di M’sia. Kalau siapa ingat drama Janji Diana RTM mesti akan ingat kereta ni. Dan dalam kereta tu lah My Diyana @diyanahalik yg dah berjanjj sehidup semati. InnShaAllah. Nama my son Anaqi @danishanaqiaaron di bonnet kereta. My humble beginnings. Kereta ni lah yg jadi rumah Kalau takde tempat tidur. Kereta ni lah yg tempat rehat. Kereta ni lah yg sangkut Banjir kat Ampang. Kereta ni lah byk kena saman sebab nak sampai KL awal. Thank you ALLAH!!! #Abgingatmasalalu #Abgbersyukur #Abgbertuah #AbgsusahsenangdgnDar #Abgrindu #Abgemo

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz) on

Dalam pada itu, dia turut menyatakan bahawa kereta lamanya itu menjadi saksi ketika dia tiada tempat untuk berteduh dan telah menjadi pelindung sewaktu dia tiada tempat untuk tidur pada ketika itu.

View this post on Instagram

Dengan isteriku @diyanahalik yg tak besar besar Tapi selalu complain gain weight. #abgtakfaham Tak tahu gambar tahun brape ni.

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz) on

“Kereta inilah yang menjadi rumah kalau tak ada tempat tidur. Kereta inilah yang menjadi tempat rehat. Kereta inilah yang sangkut banjir kat Ampang. Kereta inilah banyak kena saman sebab nak sampai KL awal. Terima kasih Allah,”

Datuk Aaron Aziz yang menjadi terkenal setelah membintangi beberapa filem seperti Ombak Rindu kini bahagia bersama isteri tercinta, Datin Diyana Halik yang dinikahinya pada Ogos 2003. Hasil perkahwinan itu mereka berdua dikurniakan tiga cahaya mata, Danish Anaqi,16, Dwi Ariana,14 dan Dahlia Arissa, 10 tahun.