Expired : 18.06.18

Imigresen serbu 'lubuk' warga asing mohon hajat dengan Kiai Salleh

Jabatan Imigresen menahan lima lelaki dan seorang wanita dalam serbuan ke kawasan perkampungan itu. — Foto oleh Yusof Mat Isa
Jabatan Imigresen menahan lima lelaki dan seorang wanita dalam serbuan ke kawasan perkampungan itu. — Foto oleh Yusof Mat Isa

KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Jabatan Imigresen menyerbu perkampungan haram yang dibina warga Indonesia di Segambut Dalam, di sini.

Kawasan penempatan di lereng bukit itu merupakan tempat “larangan lagi suci” seorang lelaki dikenali “Kiai Salleh” berasal dari negara jiran, lapor Harian Metro.


Lelaki itu amat masyhur di kalangan warga Indonesia, ditemui bagi memohon hajat dan perkampungan itu hanya boleh dimasuki dengan kebenarannya serta dilarang bergambar.


“Semuanya mesti dengan kebenaran Kiai Salleh dan jika tiada urusan, warga Indonesia yang tinggal di sekitar kawasan ini pun dilarang masuk,” kata lelaki dikenali Ardie.


Kawasan yang wujud sejak lima tahun lalu, dibina dengan diletakkan sebuah batu besar tertulis kalimah Allah dan Muhammad dalam tulisan jawi bercat putih.


Di kiri dan kanan dalam kawasan itu pula diletakkan dua patung yang dipercayai 'dewi' berdasarkan kepercayaan masyarakat Jawa di republik itu.


Ardie berkata “Kiai Salleh” yang kini menyambut Aidiladha di Indonesia, sering berulang alik ke Malaysia dan menetap di situ selama sebulan sebelum pulang semula.


“Dia tidak datang untuk bekerja, sebaliknya semata-mata mahu menjaga tempat suci ini serta berjumpa dengan individu yang mempunyai hajat dengannya,” katanya.


Ekoran serbuan baru-baru ini, Jabatan Imigresen menahan lima lelaki dan seorang wanita dalam serbuan ke kawasan perkampungan itu.


Norlida Ishak Shop