Expired : 18.06.18

Imigresen tutup operasi di RTC Rembau berkuat kuasa esok


SEREMBAN, 22 Safar 1440H, Rabu – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sembilan akan menutup operasinya di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Rembau, berkuat kuasa esok.


JIM Negeri Sembilan dalam kenyataan di sini hari ini berkata, dengan penutupan itu, semua urusan permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) boleh dilakukan di pejabat imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Seremban dan pejabat imigresen Port Dickson.


Kenyataan itu juga berkata, mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi 06-7620000 untuk sebarang maklumat lanjut.


Pada 29 Ogos lalu, Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun dipetik sebagai berkata, empat jabatan dan agensi iaitu Jabatan Pendaftaran Negara, Pusat Zakat Negeri Sembilan, Baitulmal Negeri Sembilan dan Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan akan terus beroperasi di RTC berkenaan.


Manakala Jabatan Imigresen beroperasi seperti biasa di RTC Rembau sehingga keputusan penghentian operasi diumumkan oleh ibu pejabat Jabatan Imigresen. – Bernama


The post Imigresen tutup operasi di RTC Rembau berkuat kuasa esok appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop