Expired : 18.06.18

Imuniti Pertama Digunakan Dalam Big Stage 2019, Tok Ti Selamatkan Fieya Julia


Saingan minggu ke empat Big Stage 2019 menyaksikan imuniti pertama telah pun digunakan juri tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza buat bintang muda asal Sarawak, Fieya Julia.


Fieya yang membuat persembahan di samping Sufian Suhaimi menerusi lagu Haram nyanyian asal Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah untuk cabaran duet, gagal memikat hati juri sehingga membawa ke kedudukan tiga terendah minggu ini.


Terdahulu sebelum mengambil keputusan untuk menggunakan imuniti ketika lagi empat minggu sebelum saingan kemuncaknya, Siti terlebih dahulu ada memberikan reaksi;


“Saya memberikan imuniti kepada peserta ini kerana saya merasakan banyak lagi yang akan ditonjolkannya untuk minggu seterusnya dan memandangkan undian online ni boleh diagak siapakah yang akan tersingkir.


“Bagi sayalah, kalau salah saya nak buat macam mana sebab ini suatu pertandingan dan pertaruhan jadi saya ingin menyelamatkan Fieya Julia,” jelas Siti lalu mendapat sorakan hangat dari kelab peminat penyanyi berkenaan.


Imuniti yang diberikan ‘mengena’ kerana nama Fieya tercatat sebagai peserta yang mempunyai undian online terendah dan sekali gus, tiada penyingkiran pada minggu ini.


Dua peserta lain yang menduduki bottom three ialah Chaleeda dan Irfan Haris. Fieya di kedudukan antara yang terendah mengikut markah dari juri profesional iaitu sebanyak 73.22 peratus.


Big Stage 2019 ditayangkan setiap Ahad jam 9.00 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).


Foto: YouTube Astro Gempak


Norlida Ishak Shop