Expired : 18.06.18

Indonesia Bakal Memperkenalkan Undang-Undang Untuk Mengekang Kerugian Daripada Kemasukan Peranti Haram

Indonesia ialah sebuah negara unik dimana jenama-jenama peranti yang ingin menjual barangan mereka di negara tersebut, peranti-peranti tersebut perlu dipasang di kilang-kilang di negara tersebut, ataupun hadir dengan komponen-komponen atau perisian yang dibangunkan di Indonesia.


Oleh kerana ini, pasaran gelap untuk peranti-peranti pintar adalah sangat besar di Indonesia, dan kerajaan tersebut dikatakan rugi sebanyak $141 juta kerana peranti-peranti yang dibawa masuk secara haram ini.


Menteri Industri Indonesia, Airlangga Hartarto berkata bahawa mereka akan memperkenalkan undang-undang baru tidak lama lagi, dimana rakyat Indonesia akan hanya dibenarkan membawa masuk dua peranti apabila mereka pulang ke Indonesia.


Dalam pada itu, mereka akan diminta untuk membayar cukai import untuk peranti-peranti tersebut, dimana nombor resit cukai itu akan digunakan untuk mendaftar nombor IMEI peranti di sebuah laman web yang akan dibangunkan.


Peranti-peranti import ini boleh digunakan selama enam bulan sahaja di Indonesia sebelum penggunaannya disekat oleh syarikat telekomunikasi jika cukai tersebut tidak dibayar.


Undang-undang ini juga dikatakan akan berkuat-kuasa untuk peranti-peranti yang dibawa masuk selepas ia disahkan.


Norlida Ishak Shop