Expired : 18.06.18

Indonesia nafi Sumatera punca Malaya berjerebu

Seorang lelaki dilihat memakai alat perlindungan pernafasan di Putrajaya akibat jerebu, 24 Jun 2014. — Foto oleh Saw Siow Feng
Seorang lelaki dilihat memakai alat perlindungan pernafasan di Putrajaya akibat jerebu, 24 Jun 2014. — Foto oleh Saw Siow Feng

KUALA LUMPUR, 9 Sept — Jabatan kaji cuaca Indonesia menafikan cuaca jerebu di Malaysia berpunca dari Sumatera, Indonesia.

Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) dilapor menolak dakwaan punca jerebu di semenanjung Malaysia, berdasarkan bacaan satelit data beberapa hari lalu.

‘Ia bukan seperti yang dilaporkan akhbar media asing,’ kata timbalan BMKG Mulyono R. Prabowo dipetik portal Indonesia Tempo.com hari ini.

Mulyono berkata satelit mengesan titik panas di sekeliling Asia Tenggara pada 4 hingga 8 September.

Kebakaran hutan Indonesia sering didakwa sebagai punca jerebu di Malaysia setiap tahun.

* Baca seterusnya di Malay Mail.


Norlida Ishak Shop