Expired : 18.06.18

Indonesia Sah Tukar Ibu Negara Ke Pulau Kalimantan

Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo, beberapa hari lalu telah mengesahkan pertukaran ibu negara dari Jakarta ke Kepulauan Borneo, tepatnya di Kalimantan. Tweet yang dimuatnaik tersebut menyatakan beberapa buah bandar telah tercalon sebagai ibu negara iaitu Kalteng, Kaltim dan Kalsel.



Ibu kota negara kita akan pindah ke Pulau Kalimantan. Letaknya bisa di Kalteng, Kaltim, atau Kalsel.


Segala aspeknya sedang dikaji mendalam sehingga keputusan nanti benar dalam visi ke depan kita — visi besar berbangsa dan bernegara untuk 10, 50, 100 tahun ke depan. pic.twitter.com/K9TAHrL8P1


— Joko Widodo (@jokowi) August 8, 2019




Keputusan untuk menukarkan ibu negara Indonesia disebabkan hasil laporan terbaharu yang menyenaraikan Jakarta sebagai salah satu bandar yang sedang tenggelam. Kota Jakarta dilaporkan sudah tenggelam sebanyak 3.9 meter dalam masa 30 tahun. Menurut ramalan pihak pakar pula, Jakarta dijangka bakal tenggelam sepenuhnya menjelang tahun 2050 nanti.


Namun pada Tweet presiden republik tersebut juga, ramai rakyatnya yang menyuarakan kebimbangan mengenai potensi kerosakan yang bakal dihadapi di Kalimantan apabila pusat pemerintahan akan ditukarkan ke sana. Ramai yang menyuarakan kebimbangan mengenai penerokaan kawasan hutan di Kalimantan.


Administrative_map_of_Borneo_(Indonesian)


Untuk pengetahuan, Kalimantan yang terletak di dalam kepulauan Borneo, yang juga terletak dalam kawasan kejiranan Sabah dan Sarawak ini kaya dengan hasil bumi yang belum dimajukan. Semoga segala proses yang dijalankan oleh negara jiran akan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.


Norlida Ishak Shop