Expired : 18.06.18

"Ingatkan Dia Menangis, Aku Pula Yang Gugur Air Mata" - Saharul Ridzwan




Rozaimi Zubaidi



Hiburan


Pelakon Saharul Ridzwan mengakui beryukur apabila usia perkawhinannya bersama isteri, Qaabila Deena Emir bakal memasuki usia tiga tahun pada 16 September ini.

Menerusi entri di Instagram (IG), Shahrul berkongsi sepotong video momen-momen ketika dia melamar isterinya tiga tahun lalu.

"Alah! Ingatkan dia nangis, aku pulak yang gugur air mata. Dah nak masuk 3 tahun dah kahwin.

"Hari ni kita throwback momen-momen best untuk kekalkan kebahagiaan tu. Insya-Allah. Amin.

"Mentionlah pasangan hidup anda, minta dorang tengok balik momen-momen macam ni, Insya-Allah perasaan tu akan datang balik," tulisnya.




Menerusi ruangan komen, rata-rata mendoakan kebahagiaan pasangan ini dan mengakui tersentuh apabila menonton video yang dikongsikan.

"@hidayah_nor18: Semoga kekal hingga ke Jannah abang Saharul dan kak Deena."

"@wan_halmie: Terbaik. Hargai isteri Insya Sllah rezeki tak putus. Suka dengan pasangan ini."

"@mizyanibellaluna: Alhamdulillah. Sekejap saja masa berlalu. 16 September 2016. Dah nak masuk 3 tahun. Insya Allah sampai ke Jannah. Amin @saharulridzwan @deenaemir. Ali, nanti ikut Mummy dengan Baba pergi dating ok. Sambut anniversary sesama."

"@aiminadiaazrun:@saharulridzwan @deenaemir saya pun menangis time ni. Korang kahwin sama tahun dengan saya dan suami. Saya still follow korang since korang beium declare apa-apa, sampai la sekarang. Minat both of u so much.. Semoga berkekalan hingga jannah. Aamiin."

Saharul dan isterinya, Qaabila Deena Emir berkahwin pada 16 September 2016.

Pasangan tersebut menimang cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhammad Luth Ali pada 6 Jun 2017.


Norlida Ishak Shop