Expired : 18.06.18

Ini Adalah Asus Zenfone Max Pro M2

Asus akan melancarkan telefon pintar terbaru mereka, Asus Zenfone Max Pro M2 secara rasminya pada minggu hadapan. Seperti ramai sedia maklum, beberapa gambar telefon pintar berkenaan telah pun tertiris sebelum ini, dan kini Asus Malaysia melalui kedai rasmi turut berkongsi gambar akhir untuk produk berkenaan.


Asus Zenfone Max Pro M2


Asus Zenfone Max Pro M2 ini bakal hadir dengan skrin bertakuk 6.3-inci, dijana cip Snapdragon 660 dan hadir dengan pilihan 4GB RAM dan 6GB RAM. Dengan penggunaan nama keluarga “Max”, Asus dijangka akan mengekalkan bateri berkapasiti mencapai 5000mAh, selain penggunaan antaramuka asas Android dan bukannya menggunakan ZenUI. Telefon ini menggunakan dwi-kamera di belakang.


Asus Zenfone Max Pro M2


Di Malaysia, ia akan dijual pada 12.12 ini. Harga jualannya dijangka akan diumumkan oleh Asus pada minggu hadapan, selepas pelancaran peranti berkenaan di Indonesia kelak.


Norlida Ishak Shop