Expired : 18.06.18

Ini Ayat Pertama Yang Diungkapkan Oleh Penyanyi Popular Lagu Aishiteru, Zulkifli VOKALIS kumpulan Zivilia. Memang Sayu Apa Yang Dia Cakap

VOKALIS kumpulan Zivilia, Zulkifli akui menyesal selepas ditahan Jabatan Siasatan Narkotik Polis Daerah Metro Jaya kerana didapati menagih dan mengedar dadah.


“Saya menyesal,” itulah ayat yang diungkapkan olehnya yang turut dikenali sebagai ‘Zul Aishiteru’ selepas polis memberikan kesempatan kepadanya untuk berbicara di hadapan media.


Akui kekhilafannya, Zulkifli juga pasrah dengan kejadian yang menimpanya.


“Ini sudah jalan hidup saya,” ujarnya ringkas.


Terdahulu, Zul ditahan di apartment Gading River View, Jakarta Utara pada 1 Mac lalu selepas polis menahan beberapa rakannya pada 28 Februari lalu.


Zul itu ditahan ketika sedang membungkus dadah jenis syabu seberat 9.5 kilogram dan 24,000 pil ekstasi.


Berdasarkan siasatan awal, Zul mengakui baru dua kali mengedar dadah.


Selain itu, polis juga memaklumkan, Zul berkemungkinan menjalankan jual beli dadah dari luar negara berdasarkan beberapa barang bukti. – Sumber: detiknews / Kompas.com


Menagih dan mengedar dadah, vokalis lagu ‘Aishiteru’ berdepan huku man ma ti


Menagih dan mengedar dadah, vokalis lagu 'Aishiteru' berdepan hukuman mati

VOKALIS kumpulan Zivilia yang popular menerusi lagu Aishiteru, Zulkifli ditahan oleh Jabatan Siasatan Narkotik Polis Daerah Metro Jaya kerana didapati menagih dan mengedar dadah.


Berita penangkapan itu disahkan sendiri oleh Ketua Jabatan Siasatan Narkotik Polis Daerah Metro Jaya, Kombes Suwondo Nainggolan.


Menurutnya, penyanyi lagu Aishiteru itu boleh dikenakan huku man ma ti atau penjara sekiranya disabit kesalahan.


“Benar, ditangkap. Dengan barang bukti ini yang juga berkait dengan rakannya, Zul boleh dikenakan huku man ma ti atau minimum 20 tahun penjara, bergantung kepada kesalahannya,” katanya.


Terdahulu, Zul ditahan di apartment Gading River View, Jakarta Utara pada 1 Mac lalu selepas polis menahan beberapa rakannya pada 28 Februari lalu.


Zul itu ditahan ketika sedang membungkus dadah jenis syabu seberat 9.5 kilogram dan 24,000 pil ekstasi.


Berdasarkan siasatan awal, Zul mengakui baru dua kali mengedar dadah.


Selain itu, polis juga memaklumkan, Zul berkemungkinan menjalankan jual beli dadah dari luar negara berdasarkan beberapa barang bukti.


Sumber Artikel : ASTRO AWANI by klviral



Norlida Ishak Shop