Expired : 18.06.18

“Ini Hantaran Yang Diminta Mira Filzah!” – Pengakuan Mira Filzah Jadi Usikan Nakal

NAK TAHU FASAL MIRA FILZAH?


‘Hantu filem Hindustan’


Mira Filzah peminat setia Shah Rukh Khan dan Salman Khan. Pelakon wanita sanjungannya ialah Kajol yang kekal malar segar walaupun pelakon seangkatan lain seperti Karisma Kapoor tidak lagi aktif.


Filem kegemarannya ialah Bajrangi Bhaijaan kerana ia mengisahkan tentang semangat waja seorang lelaki membantu budak perempuan bisu.


Beliau mula jatuh cinta dengan filem Hindustan sejak menonton Dilwale Dulhania Le Jayenge dan Yes Boss.



‘Kaki kopi’


Harinya rasa tidak lengkap tanpa kopi. Beliau gemarkan latte yang tidak terlalu manis bagi menceriakan hari sibuknya.


Suka menari


Sejak di bangku sekolah, Mira menantikan peluang naik ke pentas dan menari.


Apabila sudah berhijab, beliau tidak ligat menari tetapi kadangkala rasa rindu dengan cabang seni itu.



Ingin kahwin pada usia 26


Usia 26 tahun atau sebelum 30 tahun dirasakan sesuai baginya menamatkan zaman bujang.


Mengenai jejaka idaman, beliau berkata:



“Tak adalah nak tetapkan jangkaan tinggi. Asal sedap mata memandang, ada pendidikan dan kerjaya yang mantap.”



Imbau kenangan awal tahun 2019



Tidak perlu menunggu hadiah daripada sesiapa, pelakon Mira Filzah memutuskan untuk membeli sendiri cincin yang disifatkannya sebagai hadiah tahun baharu.


Bagaimanapun untuk tahun baharu, Mira memilih untuk menghadiahkan sebentuk cincin untuk dirinya sendiri, dan menganggap ia sebahagian daripada simbol kekuatan seorang wanita.



“Saya mahu cincin itu mempunyai nilai dan kenangan yang dapat saya hargai setiap kali saya melihatnya. Saya mahu cincin itu menjadi istimewa, kerana ia adalah satu-satunya aksesori yang akan saya pakai setiap hari.





“Tetapi hari ini saya buat keputusan untuk beli sendiri. Cincin yang sempurna adalah yang anda beli untuk diri anda sendiri, sebagai simbol kasih sayang dan kekuatan,” tulis Mira.



Mengimbau kembali status Mira Filzah 25 January 2017 mengenai hantaran idamannya! 



Mesin kopi je? Antara komen nakal netizen :



Video :



Video :



Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!


Sumber: Gempak.com & Mstar.com / Arena star


Norlida Ishak Shop