Expired : 18.06.18

Ini Identiti Mereka Yang Diburu Polis keran Terlibat Dalam Rvsuhan

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesan 28 saksi bagi membantu siasatan insiden rushan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Seafield, Subang Jaya.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, pihaknya memohon kerjasama mereka yang terbabit supaya tampil bagi membantu siasatan.


Pada masa sama, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai saksi terbabit diminta menghubungi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontijen Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat di talian 019-60000903.


“Mereka juga boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya Deputi Superintendan GK Shan Gopal di talian 019-2714387 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Insiden  yang bermula pada Isnin lalu itu menyebabkan 23 kenderaan musnah dibakar, manakala cermin sebuah pusat beli-belah turut dipecah dan dirosakkan.


Setakat jam 8 pagi hari ini, seramai 68 individu sudah ditahan dipercayai terbabit dalam  rsuhn di sekitar kuil berkenaan.


SUBANG JAYA: “Yang datang pagi ini (semalam) ada lebih 10,000 orang. Saya tidak kenal semua. Mereka yang bertanggungjawab terhadap perlakuan masing-masing (termasuk insiden memecahkan cermin pusat beli-belah One City),” kata Pengerusi Badan Bertindak Kuil Sri Maha Mariamman Seafields USJ 25, SW Ramaji.


Beliau memberi jawapan itu ketika ditanya wartawan berhubung kecederaan parah dialami anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang dibelasah ketika mahu memadamkan kebakaran.


Ramaji berkata, pihaknya tidak terbabit dengan insiden itu, selain mendesak campur tangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kes pemilikan tanah kuil itu.


“Kami minta Perdana Menteri campur tangan dalam hal ini, kami kecewa dengan Kerajaan Selangor dan polis.


“Ia berikutan kes sudah timbul sejak pertengahan tahun lalu dan pihak badan bertindak diugut hampir setiap hari.


“Ratusan laporan polis dibuat namun masih tiada tindakan dibuat,” katanya pada sidang media di kuil itu di sini, semalam.


Turut hadir, Presiden Pertubuhan Pusat Aduan Rakyat Malaysia merangkap anggota badan bertindak itu, Datuk A Chandrakumanan.


Sementara itu, Chandrakumanan berkata, pihaknya tidak akan berganjak daripada kuil itu sekurang-kurangnya sehingga pendengaran mengenai penghakiman persetujuan tanah disebut semula di Mahkamah Tinggi Shah Alam, esok.


sumber harian metro


Norlida Ishak Shop