Expired : 18.06.18

Ini Kata Kata Najib Kepada Adib Dan Reaksi Adib Mengundang Kecerian Tetamu

KUALA LUMPUR: : “Dia (Muhammad Adib) angkat ibu jari kepada kami,” demikian penjelasan Datin Seri Rosmah Mansor selepas mengadakan lawatan ke atas Muhammad Adib Mohd Kassim di Institut Jantung Negara (IJN) pada Rabu.



Rosmah yang hadir bersama suaminya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memberitahu, Muhammad Adib juga tahu kedua-dua mereka datang melawat.


“Dia (Muhammad Adib) tahu kami datang melawat. Saya difahamkan dia akan kahwin 21 Dis nanti jadi saya doakan dia sembuh dan sempat kahwin,” katanya selepas melawat Muhamaad Adib di Institut Jantung Negara (IJN) sebentar tadi.


Rosmah berkata, sebagai ibu dia faham perasaan tunang dan keluarga Muhammad Adib.


Rosmah dan Najib meluangkan masa kira-kira setengah jam melawat anggota bomba itu.


Muhammad Adib merupakan anggota bomba yang parah ketika insiden rusuhn di kuil Sri M



Menziarahi Muhammad Adib Mohd Kassim di IJN.


Alhamdulillah Muhammad Adib memberikan tindak balas ketika saya menyapa beliau.


Saya berasa sedih dengan apa yang telah berlaku ke atas dirinya.


Marilah kita sama-sama doakan agar beliau segera sembuh dan kembali seperti sedia kala


Rusuhan kuil Sri Maha Mariamman bukan isu perkauman – PM


PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan, tidak timbul sama sekali isu perkauman mahupun isu agama berhubung rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, sebaliknya ia berkaitan pemindahan kuil.


Perdana Menteri berkata, polis sudah diarahkan untuk mengambil tindakan lanjut kerana ia berkaitan jenayah selain menangani serta mengawal situasi berkenaan dengan segera.


Menurutnya, beliau sudah dimaklumkan oleh polis mengenai perkembangan terkini siasatan kejadian berkenaan.


“Saya mengikuti perkembangan yang berlaku membabitkan kejadian di kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, USJ 25, Subang Jaya pada Isnin lalu.


“Amat jelas dari siasatan awal bahawa kejadian pertama yang berlaku mempunyai unsur jenayah. Begitu juga kejadian susulan yang membabitkan kerosakan harta benda serta kecederaan kepada anggota polis,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Katanya, kerajaan kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab oleh penjenayah yang menimbulkan kekacauan di kawasan kuil selain mencederakan anggota pasukan keselamatan serta anggota penyelamat dalam rusuhan itu.


Dr Mahathir berkata, penjenayah yang melakukan rusuhn serta mencederakan anggota keselamatan dan penyelamat termasuk merosakkan harta benda awam akan dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang.


“Dalang di sebalik kejadian ini tidak akan terlepas daripada menerima hukuman yang sewajarnya.


“Kerajaan juga ingin menasihati orang ramai supaya tidak mendengar khabar angin serta tidak menyebarkan mesej tidak bertanggungjawab menerusi mana-mana media sosial,” katanya.


Katanya, beliau menegaskan bahawa kejadian berkenaan sebagai insiden jenayah dan tiada kaitan sama sekali dengan unsur-unsur lain.


Dalam kejadian rusuhn terbaru awal pagi tadi, seorang anggota bomba cedera parah selepas dibelasah kumpulan perusuh.


Mangsa, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby, Subang Jaya kerana patah tulang rusuk dan kecederaan dalaman.


Norlida Ishak Shop