Expired : 18.06.18

Ini Komen Datuk Seri Vida Kepada Ziana Zain.. Memang Padu Dan Tepat Sekali

USAHAWAN kosmetik, Datuk Seri Vida berkata dia mengagumi ketabahan penyanyi Ziana Zain yang kini berdepan dengan masalah dalaman rumah tangga.


Menurut Vida atau Hasmida Othman, 47, penyanyi tersebut memiliki kekuatan emosi dan masih komited melaksanakan tugas meskipun sedang melalui ujian berat dalam hidup.


“Saya kagum dengan dengan Ziana kerana ketika berdepan dengan ujian berat dia masih mampu meneruskan kerjaya.


“Dia tenang menghadapi dugaan dan pandai membezakan antara soal peribadi dan kerjaya. Ziana seorang wanita yang kuat dan tabah,” katanya kepada mStar Online.


Vida ditemui semasa Malam Anugerah Mood Republik yang berlangsung di JW Marriot Hotel, baru-baru ini.



Vida kagum dengan semangat ditunjukkan Ziana Zain.


Semasa majlis tersebut, Ziana turut diundang membuat mempersembahan dan tetamu yang hadir kagum dengan komitmen ditunjukkannya meskipun sedang berdepan dengan dugaan rumah tangga.


Sementara itu, Vida menasihati Ziana supaya tidak melayan perasaan sehingga menganggu emosi diri.


“Jangan layan perasaan itu sehingga memudaratkan diri. Sentiasa sayangi diri dan ingat anak-anak yang sedang membesar.


“Saya juga pernah melalui ujian rumah tangga, tapi saya cekalkan hati dan selalu ingatkan diri yang saya ada anak-anak dan pekerja yang masih memerlukan.


“Memang dugaan hidup ini menyakitkan tapi percayalah tuhan tak akan bagi ujian tanpa sebab dan akhirnya nanti ada hikmah terbaik,” katanya.



Vida turut pernah berdepan masalah rumah tangga dan berharap Ziana tidak melayan perasaan.


Dalam pada itu, Vida berharap penyanyi lagu Putus Terpaksa itu tidak ambil pusing dengan kecaman netizen di laman sosial.


“Pedulikan komen-komen orang kerana mereka tak tahu apa yang berlaku dan hanya menulis di laman sosial seperti tahu semuanya.


“Saya yakin Ziana mampu menangani perkara ini dan abaikan sebarang komen negatif netizen. Anggap sahaja apa yang mereka cakap hanya ‘hello dan bye-bye’,” katanya.


Sebelum ini, isu dalaman rumah tangga Ziana Zain menjadi bualan hangat netizen apabila suaminya iaitu Armin atau nama sebenarnya Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, ditangkap pada 2 Mac lalu selepas Ziana membuat laporan polis pada 27 Februari lalu atas tuduhan memukul anak mereka.


Sumber : Mstar Online via Gedebaviral


Ini Sebabnya Dato Seri Vida Banyak Berdiam Diri Yang Ramai Tak Tahu!! Rupa-Rupanya Sesuatu Yang Telah Berlaku


JUTAWAN kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman akui rugi belasan juta selepas ditipu kontraktor yang menguruskan projek pengubahsuaian studionya.


Menurutnya yang mesra dengan panggilan Datuk Seri Vida itu, studio berkeluasan dua ekar itu sepatutnya dijadualkan siap sejak tahun lalu, namun tertangguh.


“Sakitnya hati saya. Saya terpaksa menanggung kerugian RM11 juta selepas ditipu kontraktor berkenaan.


“Padahal, studio itu sepatutnya siap pada September tahun lalu dan program Gegar Vaganza juga patut dilangsungkan di situ.


“Saya terpaksa mencari orang lain untuk menyelamatkan projek berkenaan dan menukar kontraktor. Insya-Allah selepas raya nanti, studio itu akan beroperasi dan program keagamaan terbitan saya bakal dilangsungkan di sana,” katanya.


Vida juga mengakui dia banyak berdiam kebelakangan ini dari radar hiburan disebabkan mahu muhasabah diri.


“Saya cuma mahu berehat seketika selepas dua tahun aktif dalam dunia ‘glamor’. Saya lebih banyak fokus dengan perniagaan menerusi media sosial.


“Saya sengaja menguji sejauh mana media sosial dapat membantu perniagaan saya. Ternyata, saya berjaya menempatkan diri dalam kalangan pengikut ramai,” katanya.


Vida ditemui semasa Malam Anugerah Mood Republik 2018 yang berlangsung di ibu negara pada malam Sabtu lalu.


Terdahulu, Vida berjaya mencipta fenomena selepas tampil dengan single berjudul I Am Me selain aktif menaja pelbagai program hiburan tempatan.


KISAH SETERUSNYA


Sebelum ini banyak kes scammer profesional memperdaya mangsa melalui telefon sehingga mengakibatkan kerugiaan jutaan ringgit. Kes yang sama juga nyaris berlaku kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida apabila seorang lelaki mendakwa dirinya sebagai pengawai bank memaklumkan akaun peribadi Vida telah dibekukan kerana mempunyai tunggakan pinjaman peribadi bernilai RM30,000.


Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa kerana semua nombor telefon yang tertera memang betul, sama ada dari IPK atau bank serta setiap data peribadi yang dimaklumkan juga tepat.


Namun, saya mula terkejut sebaik dimaklumkan akaun berkenaan terpaksa dibekukan kerana ada individu menyalahgunakan akaun terbabit bagi aktiviti pengedaran dadah. Beberapa panggilan terbabit turut bertanyakan mengenai butiran peribadi, termasuk akaun simpanan Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera (ASB).


Sudah membuat laporan polis berhubung kes penipuan tersebut, Vida turut mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati serta tidak terpedaya dengan mana-mana panggilan telefon yang meminta mereka mendedahkan data peribadi.


Sumber: Helangmerah Via OhGebang


Norlida Ishak Shop