Expired : 18.06.18

Ini Mungkin Tiga Saiz Skrin Yang Digunakan Pada Samsung Galaxy S10 Kelak

Tiga model Samsung Galaxy S10 dipercayai akan dilancarkan tahun hadapan. Setiap satunya mempunyai spesifikasi berbeza bagi memenuhi kehendak segmen pengguna tertentu. Hari ini @evleaks mendedahkan tiga saiz skrin yang mungkin digunakan pada Galaxy S10 kelak.


Samsung Galaxy S10+ akan dilengkapi skrin sebesar 6.4″ , Galaxy S10 akan dilengkapi skrin sebesar 6.1″ dan akhir sekali Galaxy S10 Lite akan dilengkapi skrin sebesar 5.8″. Ini adalah saiz skrin yang sama seperti yang ditemui pada iPhone XS, XR cuma XS Maxz sedikit lebih besar dengan skrin 6.5″.


Awal tahun ini Samsung Galaxy S9 dan S9+ masing-masing dilengkapi skrin sebesar 5.8″ dan 6.2″. Galaxy Note 9 pula dilengkapi skrin sebesar 6.4″. Jika maklumat yang tertiris ini benar, mungkin Galaxy Note 10 juga akan dilengkapi skrin yang lebih besar tahun hadapan.



A case manufacturer's expectations for the Galaxy S10 lineup: pic.twitter.com/lrExjvalcb


— Evan Blass (@evleaks) December 8, 2018



Norlida Ishak Shop