Expired : 18.06.18

Ini Penjelasan Mengapa Komando Sentiasa Guna Peluru Hidup Untuk Sesuatu Demo

Buat semua orang awam yang tak faham. Saya sudah malas mahu menjawab. Kali ini saya bagi ayat yang paling mudah untuk semua faham.


Kenapa perlu guna peluru hidup berbanding peluru kapur (blank) untuk demo?


Kerana Tentera diajar untuk menembak tepat ke sasaran yang hendak dituju. Dan Komando adalah unit paling elit dalam ATM yang kehidupan seharian mereka (latihan) sebilang masa menggunakan peluru hidup. Boleh dikatakan setiap hari mereka ‘bermain’ dengan peluru hidup.



Kenapa? kerana mereka adalah barisan paling hadapan jika berlaku sesuatu ancaman. Bukan mereka hendak tunjuk gagah atau hebat di mata awam. Ini kerana mereka sentisa berhadapan dengan risiko menembak atau ditembak. Demo ini untuk membuktikan kepada anda semua bahawa tentera kita sentiasa bersiap sedia. Termasuk bersedia berhadapan situasi peluru hidup.


Apa kena mengena mempertahankan negara dengan demo menggunakan peluru hidup?


KOmando

kredit gambar: Facebook Tentera Darat Malaysia



Kerana mereka adalah yang terlatih di antara yang terlatih. Mereka dilatih untuk tidak sesekali tersasar dari sasaran. Demo ini untuk menguji keyakinan penembak dan yang ditembak. Percaya pada peralatan, percaya pada ketepatan dan juga percaya pada Takdir Tuhan.


Tapi kenapa kali ini tersasar?


Takdir Allah yang maha ESA. Siapa anda untuk lawan. Kita semua manusia. Tidak terlepas daripada kesilapan. Tuan-tuan biasa potong bawang? Seumur hidup tuan mengendalikan pisau untuk potong bawang, tidak pernah ke sekali terhiris jari atau tersalah potong? Ini dinamakan kemalangan. Sesuatu yang tidak diduga.


Saya bagi contoh mudah.


Ada seorang pegawai Bomba. Arwah Abu Zarin atau nama panggilan Wira Penyelamat. Pakar haiwan berbisa. Terutama ular tedung Selar. Arwah sentiasa menjadi orang pertama yang berhadapan dengan haiwan berbisa itu.


Image 1


Arwah meninggal dunia kerana dipatuk ular ketika sesi mandikan ular dan mengajar anak buahnya.


Dalam kes ini, nampak tak risiko yang di hadapi? Kenapa tuan-tuan tidak mahu soal? kenapa tidak pakai ular getah sahaja sebagai latihan atau demo?


Sebab pekerjaan mereka semenangnya mulia lagi berbahaya. Mereka tahu risiko mereka. Dan saya harap tuan-tuan faham dan jelas. Kenapa demo itu menggunakan peluru hidup.


Tugas mereka memang berbahaya dan berisiko. Mereka faham. Cukup-cukuplah bersoal itu ini. Doakan agar kedua Arwah, sentiasa dicucuri rahmat dari Allah dan di tempatkan di kalangan orang yang beriman.


Saya tak mintak tuan-tuan faham tugas mereka, cuma saya mintak tuan-tuan berhenti daripada menyalahkan sesiapa. Semuanya takdir.


Alfatihah kepada kedua Hero. Mereka Hero dalam bidang mereka.


Kematian mereka mulia.
Kematian kita?


Berikut merupakan artikel lain yang berkaitan dengan keperwiraan askar kita dalam menjaga keamanan negara:



Pengorbanan Tentera Mengawal Sempadan, Inilah Cabaran Perit Yang Kami Lalui





Hebatnya Angkatan Tentera Malaysia Yang Cuba Disembunyikan Oleh Hollywood Daripada Kita





Luar Biasa Keberanian Anggota Tentera Sukarela Ini, Menembak Mati 3 Komunis Dengan Hanya 5 Butir Peluru




Norlida Ishak Shop