Expired : 18.06.18

Ini tindakan terpuji Tun Mahathir sebelum menaiki kereta Proton Sultan Johor

Sultan Ibrahim pandu Proton Saga hantar Tun M ke LTAS


Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencemar duli dengan menghantar Perdana Menteri Mahathir Mohamad ke lapangan terbang antarabangsa Senai.


Baginda bahkan memandu sendiri kereta Proton Saga biru dengan nombor pendaftaran Proton 1 keluaran pertama yang dinaiki Mahathir.


Mahathir duduk di bahagian penumpang depan sampai melambai tangan ke arah pemberita dan orang ramai yang menunggu di luar Istana Bukit Serene di Johor Bahru.


Jarak antara istana itu ke lapangan terbang Senai kira-kira 25km.


Kereta itu dihadiahkan kepada ayahandanya Almarhum Sultan Iskandar pada 1985.


Almarhum ketika itu bertugas sebagai Yang di-Pertuan Agong.


Proton Saga adalah kereta pertama keluaran syarikat automobil negara Proton ketika Mahathir perdana kali menjadi perdana menteri pada tahun 80-an.


Mahathir dan Sultan Johor, kedua-dua mereka terkenal sebagai pencinta kereta.
Mereka diiringi oleh pasukan keselamatan yang bermotosikal dan berkereta.


Terdahulu, Mahathir mengadap Sultan Ibrahim.


Difahamkan, ia pertemuan pertama antara Sultan Johor dengan Dr Mahathir sejak dilantik semula sebagai perdana menteri selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU-14), Mei lepas.



‘Saya dan baginda setuju terus terang, tak sembunyi-sembunyi’


Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mendedahkan bahawa Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan dirinya bersetuju untuk bercakap terus terang antara satu sama lain.


“Saya boleh berkomunikasi dengan dia. Kita bersetuju supaya kita frank, cakap secara terus terang, tak ada sembunyi-sembunyi.


“Dia bagi dia punya pandangan, saya beri saya punya pandangan,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, hari ini.


Mahathir berkata demikian ketika ditanya mengenai hubungannya yang tegang dengan Istana Johor sebelum ini.
Terdahulu, Mahathir mengadap Sultan Johor di Istana Bukit Serene di Johor Bahru.


Selepas pertemuan itu, Sultan Johor mencemar duli dengan menghantar Mahathir Mohamad ke lapangan terbang antarabangsa Senai.


Baginda bahkan memandu sendiri kereta Proton Saga biru dengan nombor pendaftaran Proton 1 keluaran pertama yang dinaiki Mahathir.


Sejurus selesai pertemuan empat mata YAB Tun Dr Mahathir bersama DYMM Tuanku Sultan Johor di Istana Bukit Serene, baginda berkenan menghantar Perdana Menteri ke Lapangan Terbang Senai dengan memandu sendiri kereta Proton Saga edisi pertama. Kereta ini pernah dihadiahkan oleh Perdana Menteri kepada Almarhum Sultan Iskandar di dalam tahun 1985 dahulu. Pertemuan petang tadi berlangsung hampir 90 minit, dan berakhir pada pukul 5.25pm.‬


Tindakan terpuji Tun Mahathir sebelum menaiki kereta Proton Sultan Johor


Sebelum Tun Mahathir menaiki kereta Proton Sultan johor ini, dapat diperhatikan, apabila pintu kereta dibuka, Tun Mahathir berhenti sejenak. Seolah-olah beliau menghormati dan memberi laluan kepada Sultan Johor untuk menaiki kereta tersebut terlebih dahulu, lepas itu barulah Tun M masuk kedalam kereta. Tindakan terpuju Tun M ini sangat mengagumkan netizan



Berikut reaksi dari netizan:


“Monumental the fact Johor Sultan driving Tun M 25km to Senai airport after his day trip to the palace on the first gen proton (The sky-blue coloured car, bearing the number plate Proton 1, was presented by Dr Mahathir to the late Sultan Iskandar, when he was the Yang di-Pertuan Agong, on July 9 1985.) . Iconic I say, and the beginning of better days. Daulat Tuanku & Carry On M (observe the fact, he paused for Tuanku to take his seat first”


“Still looks new here.This by far before other extreme facelift craps were the best one.Hehe hope aircond is good and the ride is not bumpy.Just having thoughts if were a creator of badged product so shitty and yrs later come across experiencing own creation, the reaction will be mix of whether want to cry or laugh..Nevertheless, its still best pride of its time.”


“Hebatkan melayu..di luar org pandang saling berbalah antara satu sama lain..tetapi bila berjumpa depan2 spt sedara2 sahaja..itulah anugerah yg diberikan dri susur galur darah keturunan Nabi..bersopan santun, bersabar, amuk pabila dipijak..hanya fitnah2 dunia saja yg akan mendajalkan kita..semoga melayu terus bersatu walau apapun terjadi..aminn”


“Kereta yg sesuai sgt utk tuanku sultan membawa tun ke lapangan terbang. Suka sgt tgk keadaan mcm ni. Kalau nnti tuanku sultan johor btul diangkat sbg ydp agung, kite hrp sgt utk kerjasama dan kesejahteraan yg baik mcm ni berlaku dlm pentadbiran kelak”



Norlida Ishak Shop