Expired : 18.06.18

‘Inilah masa terbaik Tun M rombak Kabinet’


BANGI, 12 Zulhijjah 1440H, Selasa – Inilah masa terbaik untuk Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil keputusan drastik merombak Kabinet dan menggugurkan mana-mana anggotanya yang tidak mahu mempertahankan keputusan rasmi kerajaan serta kepentingan rakyat.


Saranan itu disuarakan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man susulan sikap biadab parti tamak haloba, DAP dan kumpulan pendesak Cina, Dong Zong yang mengasak kerajaan untuk mengkaji semula keputusan pelaksanaan tulisan khat dan jawi di sekolah.


Beliau berkata, DAP dan Dong Zong berterusan memanipulasi isu berkenaan sebagai sentimen perkauman dan gagal melihatnya daripada perspektif rakyat Malaysia.


“Contohnya, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat keputusan untuk meneruskan pengenalan tulisan khat dengan pengubahsuaian setelah mengambil kira kepentingan semua pihak, namun mereka tetap tidak bersetuju dan menganggap ini adalah agenda Islamisasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Katanya, beliau bersetuju dengan kenyataan Dr Mahathir semalam, yang melabelkan Dong Zong sebagai persatuan rasis, yang bertegas mahu kerajaan mengikut telunjuk mereka.


“Oleh sebab itu, DAP mengemukakan sekali lagi usul untuk menilai kembali pelaksanaan khat dan tulisan jawi dalam mesyuarat Kabinet esok.


“Ekoran sikap biadap DAP dan Dong Zong yang berterusan menggasak kerajaan untuk mengkaji semula keputusan penting yang telah ditetapkan, maka saya menuntut pihak kerajaan untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka,” katanya.


Pada masa sama, Tuan Ibrahim turut menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi yang mengaitkan tulisan jawi dengan bahan pornografi sebagai melampau.


“DAP hanya mencetuskan amarah orang Melayu Islam tanpa mahu memahami dengan jujur susur galur tulisan jawi yang merupakan sebahagian daripada warisan kepentingan negara. 


“Sebelum ini juga, DAP juga telah menukar tulisan jawi di papan tanda sekitar Shah Alam dengan tulisan Cina.  Kerajaan juga mesti mengambil tindakan tegas terhadap Dong Zong yang sengaja bermain sentimen perkauman untuk menjejaskan keharmonian kaum,” katanya.


The post ‘Inilah masa terbaik Tun M rombak Kabinet’ appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop