Expired : 18.06.18

Inisiatif untuk wanita, Neelofa gembira dengan Belanjawan 2020

Neelofa gembira dengan pelbagai peruntukan yang ditawarkan kerajaan dalam Belanjawan 2020 kepada usahawan wanita. — Foto oleh Choo Choy May
Neelofa gembira dengan pelbagai peruntukan yang ditawarkan kerajaan dalam Belanjawan 2020 kepada usahawan wanita. — Foto oleh Choo Choy May

KUALA LUMPUR, 12 Okt — Pengacara popular Neelofa gembira dengan pelbagai peruntukan yang ditawarkan kerajaan dalam Belanjawan 2020 kepada usahawan wanita.


Neelofa, nama asal Noor Neelofa Mohd Noor, 30, berkata melalui pendekatan diambil, beliau kini berasa lebih bersemangat.


“Saya berharap melalui Malaysia Kerja ia akan membolehkan pelbagai inisiatif dan mewujudkan peluang pekerjaan lebih baik untuk belia serta wanita sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing,” kata gadis asal Kelantan di Twitter semalam.



#Belanjawan2020 is all about change and I'm feeling very enthusiastic and hopeful with #MalaysiaKerja as it will allow various initiatives and create better job opportunities for the youth and women while reducing dependence on foreign workers.


— Neelofa (@Neelofa) October 11, 2019

“Saya sangat gembira dengan peruntukan sebanyak RM500 juta dari Skim Jaminan Pinjaman Perniagaan untuk usahawan wanita. Ini akan membuka pintu dan menyediakan platform untuk mereka berkembang.”


Menteri Kewangan Lim Guan Eng semalam mengumumkan pelbagai peruntukan kepada golongan sasar termasuk wanita dalam pembentangan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat.


Selain pinjaman perniagaan, kerajaan juga berjanji mewujudkan 33,000 peluang pekerjaan setahun bagi wanita berusia 30 hingga 50 tahun.


Mereka turut memperuntukan dana RM200 juta khusus untuk usahawan wanita, dengan tawaran pembiayaan sehingga RM1 juta bagi setiap perusahaan kecil dan sederhana (PKS).