v “Insan Mulia Sudi Masak Mee Sebab Teringin,” – Undang Sebak…Fasha Sandha Kongsi Perbualan Terakhir Dengan Arwah Abam
Expired : 18.06.18

“Insan Mulia Sudi Masak Mee Sebab Teringin,” – Undang Sebak…Fasha Sandha Kongsi Perbualan Terakhir Dengan Arwah Abam

Berita pemergian pelawak, Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey pagi tadi telah mengejutkan industri hiburan lokal.

Kehilangan Allahyarham telah mengejutkan ramai pihak termasuk keluarga, sahabat, rakan selebriti serta para peminat.

Fasha Sandha antaranya menjadi rakan yang turut terkesan dan bintang ini turut memberikan titipan serta ucapan doa atas pemergiaan arwah.

Pad masa sama, ibu kepada dua cahaya mata ini juga ada berkongsi perbualan terakhir menerusi aplikasi Whatsapp bersama Allahyarham.

Menerusi perbualan tersebut yang dikongsikan, Fasha bertanyakan pada Abam bagaimana untuk dapatkan mee rebus yang dijual Abam kerana mengidam.

Lantas, Allahyarham menawarkan diri untuk memasak khas buat pelakon tersebut meski ia sudah tidak dijual ketika ditanya.

Sementara itu, isteri kepada Aidil Aziz itu meluahkan rasa sayu mengenangkan kebaikan arwah.

“Allahuakbar..Sayu dengar perkhabaran pagi ni. Abam oh Abam insan mulia, sudi masakkan untuk kak pada tanggal 26 Jan sebab kak teringin mee, lepas 2 minggu, Abam dah pi tinggalkan semua.

“Kak janji, selagi Allah izinkan, selagi kak mampu, kak akan jenguk Hamzah selalu.

“Allahuakbar. Jom semua followers kesayanganku, Mohon sedekahkan AlFatihah buat insan baik bernama SYED UMAR MOKHTAR ATAU ABAM BOCEY.

“Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Terdahulu, Abam yang juga anggota kumpulan Bocey bersama Fad dan Achey menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 7 pagi tadi.

Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia akibat demam panas.

Jenazah dibawa ke Tahfiz Darul Quran Al-Wildab, Gombak.

Terdahulu, Abam mendirikan rumah tangga dengan Siti Nurhidayah Mohd Ali pada 8 Disember 2017.

Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.

Foto : Instagram Fasha Sandha