Expired : 18.06.18

Instagram Akan Mula Memaparkan Iklan Pada Halaman “Explore”

Instagram hari ini mengumumkan yang mana mereka akan mula memaparkan iklan di halaman Explore pada aplikasi mereka – sekaligus membawa kepada lebih paparan iklan pada perkhidmatan sosial berkenaan.


Halaman Explore adalah halaman khusus yang disediakan oleh Instagram untuk memudahkan pengguna menemui sejumlah perkongsian berkaitan minat mereka. Pada paparan asas berbentuk grid, tiada sebarang iklan akan dipaparkan. Sebaliknya, apabila pengguna mula melayari satu demi satu perkongsian pada halaman Explore, maka pengiklanan akan dipaparkan.


Dengan langkah ini, Instagram membuka peluang untuk para pengiklan terus mempromosikan penawaran mereka. Instagram turut mengatakan sebanyak 50% pengguna Instagram menggunakan ciri Explore pada setiap bulan.



Norlida Ishak Shop