Expired : 18.06.18

Instagram disekat, Kanda Khairul main Bigo

Kanda Khairul kini terpaksa menggunakan aplikasi Bigo bagi berkongsi kerjaya seninya. ― Foto ihsan Instagram/KandaKhairul
Kanda Khairul kini terpaksa menggunakan aplikasi Bigo bagi berkongsi kerjaya seninya. ― Foto ihsan Instagram/KandaKhairul

KUALA LUMPUR, 15 Ogos — Penyanyi Kanda Khairul mendakwa ada pihak tertentu tidak senang dengan kerjaya seni beliau hingga sanggup mengodam Instagramnya.

Tidak mahu menuduh sesiapa, namun Kanda, 33, berkata dia “dapat mengagak” individu yang bertanggungjawab atas perbuatan itu, lapor Berita Harian.


“Mungkin pihak berkenaan tidak berpuas hati dengan saya,” kata penyanyi Atiqah Songket, nama asal Khairul Fakhran Ahmad.


“Ketika nama saya hendak meningkat naik, termasuk menjadi calon Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 32, seolah-olah ada pihak mahu saya rebah ke bumi. Saya reda.”


Sedang berusaha mendapatkan semula akaun Instagramnya, calon kategori Artis Baharu Lelaki Popular itu kini terpaksa menggunakan aplikasi Bigo bagi berkongsi kerjaya seninya.


Norlida Ishak Shop