Expired : 18.06.18

Instagram Menguji Rekaan Antaramuka Berasaskan “Kad” – Alternatif Menatal Kebawah

Instagram kini dilihat menguji antaramuka baru pada aplikasi rasmi di Android dan juga iPhone, dimana ia membawakan bentuk paparan yang serba baru berbanding apa yang ditawarkan hari ini.


Melalui rekaan baru yang diuji ini, ia memaparkan perkongsian gambar dan video daripada rakan-rakan dalam bentuk “kad” dan bukannya dalam bentuk garis-masa seumpama hari ini. Ia secara tidak langsung memberikan pengalaman melihat perkongsian seumpama Stories – dimana pengguna menatal ke kiri dan kanan, dan bukannya ke bawah.


Buat masa ini, antaramuka ini hanya sekadar ujian sahaja – dan tidak diketahui lagi sama ada ia akan diperkenalkan secara meluas atau tidak.



New Instagram UI to view posts on your feed: presenting "Cards", for iOS and Android!
In this new UI, the Profile and Direct tabs will be inverted!
The new changes will be available in future. pic.twitter.com/RVDNuuLvTk


— WABetaInfo (@WABetaInfo) December 3, 2018



Norlida Ishak Shop