Expired : 18.06.18

Instagram Menguji Teknologi Penurasan Maklumat Facebook Untuk Menyekat Penularan Maklumat Palsu

Penularan maklumat palsu di platform media sosial bukanlah sesuatu yang baru. Twitter, Facebook, Instagram dan sebagainya dilihat membangunkan pelbagai cara untuk mengurangkan masalah ini.


Instagram boleh dikatakan diantara platform pertama yang tekun membantutkan penularan maklumat palsu dengan cara mengehadkan penemuan tagar (hashtag) melalui bahagian Explore platform tersebut.


Dengan bantuan Facebook, Instagram kemudiannya menggunakan teknologi pengesanan gambar untuk mengehadkan lagi penemuan pos-pos maklumat palsu tersebut.


Facebook juga mempunyai cara-cara mereka sendiri untuk mengurangkan penularan maklumat palsu, dimana mereka telah mencipta sebuah ciri dengan kerjasama 54 rakan pemeriksa fakta didalam 42 jenis bahasa.


Ciri tersebut dilaporkan kini juga digunakan oleh Instagram, tetapi buat masa ini, hanya digunakan untuk platform tersebut di Amerika Syarikat. Ia kini didalam fasa ujian, dan bergantung kepada keberkesanannya, akan digunakan di rantau lain juga.


Ciri pengesanan maklumat Facebook ini dibangunkan kerana platform-platform ini, terutamanya Instagram sering digunakan untuk oleh ejen-ejen penceroboh yang menyebarkan penipuan yang memecah-belahkan negara, terutamanya di waktu-waktu apabila negara tersebut sedang menghadapi pilihanraya umum.


Norlida Ishak Shop