Expired : 18.06.18

Instagram Mula Menawarkan Mod Tema Gelap Untuk Pengguna iOS 13

Bersama-sama pengenalan iOS 13, Apple turut menawarkan sokongan mod tema gelap secara menyeluruh pada sistem operasi mereka. Kini, selari dengannya, Instagram turut telah mula menawarkan mod tema gelap untuk aplikasi mereka.


Untuk menggunakan Instagram dengan mod tema gelap, anda hanya perlu mengaktifkan penggunaan sistem tema gelap pada sistem iOS, dan ia akan mula menggunakan tema gelap secara automatik pada aplikasi berkenaan. Buat masa ini, tiada sokongan pada peringkat aplikasi yang ditawarkan pada Instagram.


Selain pada iOS, sebelum ini Instagram turut telah menawarkan sokongan tema gelap untuk pengguna peranti Android. Ciri ini diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna seluruh dunia.


Norlida Ishak Shop