Expired : 18.06.18

Intel Memperlihatkan Cip Rekaan 10nm Akan Datang, “Ice Lake”

Intel sebelum ini telah menyasarkan untuk hadir dengan cip 10nm sejak beberapa tahun lepas. Walaubagaimanapun, ia ditangguhkan beberapa kali, dan kini pada acara CES 2019 yang diadakan hari ini, Intel akhirnya mempertontonkan cip terbaru mereka berkenaan.


Cip ini dikenali dengan nama kod “Ice Lake”, yang mana membawakan integrasi binaan Sunny Cove pada tahap baru, selain menambah baik enjin grafik serta penggunaan kecerdasan buatan. Melalui grafik Intel Gen11, pihak Intel mengatakan ia menambah baik pengalaman prestasi grafik dalam permainan dan ketika menghasilkan kandungan.


Cip ini juga akan hadir dengan sokongan Thunderbolt 3, WiFi 6, dan juga sokongan Deep Learning Boost.


Peranti menggunakan cip Intel Lake ini dijangka akan hadir pada penghujung 2019 ini.


Norlida Ishak Shop