Expired : 18.06.18

IPD Kuala Terengganu tawar diskaun saman trafik


KUALA TERENGGANU, 20 Rabiulawal 1440H, Rabu – Ibu Pejabat Polis Daerah menawarkan diskaun 50 peratus bagi saman trafik sempena hari pelanggan pada 30 November dan 1 Disember ini.


Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Supritenden Suffian Sulaiman berkata, kaunter tawaran akan dibuka di Anjung Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Terengganu selama dua hari itu bermula jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang.


“Orang ramai digalakkan menggunakan peluang yang ada bagi menjelaskan saman yang tertunggak, hanya bayaran tunai diterima” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, di sini hari ini.


Bagaimanapun katanya, tawaran diskaun itu tidak melibatkan saman kemalangan, saman kesalahan ‘Ops Selamat’ tahun semasa, saman berstatus waran tangkap atau senarai hitam tahun semasa, saman berstatus bukan kompaun, saman status budi bicara dan saman lori.


Dalam perkembangan lain, Suffian berkata, Polis Terengganu sedang berusaha mengesan Khairul Azmiezan Azmal, 25, dari Kampung Tok Kaya, dan Mohd Faizol Mamat dari Kampung Kubang Badak, di sini, bagi membantu siasatan berhubung kes curi di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) baru- baru ini.


Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua suspek diminta menghubungi balai polis berhampiran atau IPD Kuala Terengganu untuk membantu siasatan. – Bernama


The post IPD Kuala Terengganu tawar diskaun saman trafik appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop