Expired : 18.06.18

IPU tak sihat di 6 kawasan


MIRI, 6 Muharram 1441H, Jumaat – Enam kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat berbanding tiga semalam, dengan Sri Aman mencatat bacaan tertinggi iaitu 166 setakat jam 9 pagi ini.


Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Mejar Ismail Mahedin dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak berkata, selepas Sri Aman, Miri mencatat bacaan IPU 133, diikuti Kuching 125, Sibu 123, Samarahan 120 dan Sarikei 109.


“Empat titik panas telah dikesan di Serian, Betong, Bintulu dan Miri membabitkan kawasan ladang serta belukar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Katanya , jumlah titik panas dikesan banyak berlaku di Indonesia iaitu 455 titik panas di Kalimantan dan tujuh di Sumatera.


IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). -Bernama


The post IPU tak sihat di 6 kawasan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop