v Iran kenal pasti pelaku
Expired : 18.06.18

Iran kenal pasti pelaku

Tehran: Ketua Hakim Iran Ebrahim Raisi memerintahkan badan kehakiman memulakan proses perundangan terhadap pihak bertanggungjawab menembak jatuh pesawat milik Ukraine.

Portal agensi berita Iran, IRNA melaporkan Raisi mengeluarkan perintah itu hari ini selepas anggota Pengawal Revolusi Iran mengaku menembak jatuh pesawat komersial Ukraine.

Ketua Badan Kehakiman mengatakan Organisasi Angkatan Bersenjata mahu mengumpul dokumen dari jeneral Angkatan Bersenjata, Kor Pengawal Revolusi Islam dan Organisasi Penerbangan Awam serta penjelasan daripada pihak berkaitan mengenai identiti mereka terbabit dalam nahas udara itu.

Sementara itu, Ketua Pendakwa Iran, Mohammad Montazari mengarahkan Pendakwa Tentera untuk menjalankan siasatan menyeluruh punca kemalangan dan mereka yang terbabit.

Rabu lalu, pesawat Ukraine International Airlines dilaporkan terhempas berhampiran lapangan terbang antarabangsa di Tehran.

Semua 176 anak kapal dan penumpang terkorban.

Ketika kejadian, pesawat itu dalam perjalanan ke Kiev.

Nahas itu berlaku selepas Iran melancarkan serangan 22 peluru berpandu ke pangkalan menempatkan tentera Amerika Syarikat (AS) di Iraq.

Serangan itu sebagai tindak balas Iran terhadap AS susulan pembunuhan jeneral tertinggi Iran, Jeneral Qassem Soleimani.

Soleimani terbunuh dalam serangan dron AS berdekatan lapangan terbang antarabangsa di Baghdad.

Berita berkaitan: