Expired : 18.06.18

Ireland mara suku akhir

PEMAIN terbaik dunia Johnny Sexton melakukan dua try ketika Ireland beraksi 14 pemain memastikan mata bonus dengan kemenangan 47-5 ke atas Samoa untuk mara ke suku akhir Ragbi Piala Dunia, malam tadi.


Bundee Aki yang dibuang padang kerana bentesan tinggi pada separuh masa tetapi mereka masih terlalu kuat buat Samoa ketika merera layak daripada saingan Pool A biarpun tewas mengejut kepada Jepun.


Dengan Ireland mara dengan selamat ke play-of, ia meletakkan Jepun dan Scotland dalam saingan untuk merebut tempat terakhir dalam Pool A.


Jika perlawanan itu dibatalkan akibat Taufan Hagibis yang melanda Jepun semalam, pasukan tuan rumah akan mara di depan Scotland.


Pasukan berada di tangga teratas Pool itu akan berdepan Afrika Selatan pada saingan suku akhir manakala naib juara akan berdepan New Zealand yang menyaksikan aksi terakhir mereka menentang Itali dibatalkan akibat taufan.


Ireland terpaksa beraksi 14 pemain pada m-28 apabila Aki, pemain Ireland berketurunan Samoa dibuang padang kerana melakukan kekasaran terhadap fly-half Samoa, Ulupano Seuteni.


Norlida Ishak Shop