Expired : 18.06.18

Isi ayam (boneless chicken) Sedap

 

Bahan-bahan A

Isi ayam (boneless chicken)

– gaulkan dengan serbuk kari and sikit garam

1 biji telur
– celup ayam tadi dalam telur
Tepung gandum
– then gaulkan kat tepung gandum

Bahan-bahan B

Butter 2-4 sudu besar

Cheese ( 1 slice atau boleh guna kraft cheddar)

Susu cair (suku atau setengah tin) agaklah

Susu pekat manis (1 -2 sudu bsr)

Daun Kari

Bawang putih 3-4 ulas (cincang halus)

Cili padi dihiris atau belah dua)

Cara Cara Memasak

1. Panaskan minyak

Goreng ayam yang dah di celup telur and salut tepung tadi ( deep fried sampai garing)

2. Bila dah garing boleh di angkat and toskan minyak

3. Dalam kuali berasingan, panaskan 2-4 sudu butter ( ikut suka).

Kemudian tumis Bawang Putih dalam butter tu. Campurkan sekali Cili padi potong or cili merah. Masukkan susu cair ( agak agak). Tambahkan 1- 2 sudu besar susu pekat manis (ikut nak manis sikit atau lebih).

Tambah air sikit. Kemudian masukkan cheese yang dah di potong kecik. Biarkan cheese tu melted

4. Last sekali masukkan daun kari & juga ayam yang dah digoreng tadi. Kacau kacau and rasa. Jika dah cukup masin tak perlu tambah garam

Selamat Mencuba

Norlida Ishak Shop