Expired : 18.06.18

Islam moderat versi Kit Siang pecah belah umat


BANGI, 4 Jamadilakhir 1440H, Sabtu – Tiada istilah Islam moderat seperti yang ‘digemari’ veteran parti rasis dan cauvinis, DAP, Lim Kit Siang, tegas Ketua Pemuda PAS, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.


Beliau berkata berkata, pembahagian takrifan sebegitu hanya dilakukan untuk mengelirukan serta memecah belahkan umat Islam.


Katanya, ajaran Islam sebenar ialah seperti apa yang tertulis di dalam al-Quran dan Hadis, Qias, Ijtihad dan Ijmak para ulama yang disepakati.


“Tidak pernah tertulis di dalam al-Quran mahupun hadis atau dalam mana-mana kitab ulama agung seperti Imam Syafie, Hambali, Maliki dan Hanafi bahawa Islam dibahagikan kepada Moderat, Konservatif atau mana-mana bahagian seperti yang digambarkan oleh Lim Kit Siang.


“Pandangan sebegitu adalah karut dan menyalahi ajaran Islam itu sendiri. Maka jelas sebenarnya apa yang diperkatakan oleh Lim Kit Siang adalah orang Islam yang boleh mengikut telunjuk DAP serta agendanya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Semalam, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri berkata, Kit Siang dan DAP tidak dapat menerima versi Islam sebenar yang menekankan pelaksanaan syariat dan menegaskan bahawa politik adalah sebahagian daripada agama.


Sebaliknya, Kit Siang dan DAP lebih mesra Islam moderat sebagaimana dakwaan beliau iaitu satu pemikiran jelmaan pemikiran Islam ala Amerika.


Bersetuju dengan Khairuddin, Abdul Khalil mengakui pengalaman bekerjasama dengan DAP apabila parti itu bukanlah rakan yang boleh dipercayai.


“Bermula dengan Barisan Alternatif di zaman Almarhum Ustaz Datuk Fadhil Noor, akhirnya DAP keluar dari Barisan Alternatif pada 21 September 2001.


“Ditubuhkan pula Pakatan Rakyat pada 1 April 2008, akhirnya pada 16 Jun 2015, Lim Guang Eng sendiri mengisytiharkan Pakatan Rakyat dibubarkan dan keluar dari Pakatan Rakyat.


“Mengapa terjadi begitu? Kerana PAS tidak mampu ditundukkan DAP dan bersetuju dengan agendanya seperti DAP memaksa PAS melupakan agenda negara Islam dan hudud yang diperjuangkan PAS sejak penubuhannya,” tegasnya.


The post Islam moderat versi Kit Siang pecah belah umat appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop