Expired : 18.06.18

ISMA Seremban agih sumbangan kepada 200 keluarga

SEREMBAN, 18 Syaaban 1441H, Ahad – Gerakan Islam sederhana Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Seremban mengagihkan sumbangan bahan mentah serta barangan keperluan harian kepada 200 keluarga yang memerlukan, semalam.


Aktiviti pengagihan itu dilakukan di Rumah Makan Che Ta hasil kerjasama erat sekali lagi antara ISMA Seremban dan Masjid Kariah Ibnu Khaldun, Taman Lavender Heights.



Lantaran itu, YDP ISMA Seremban, Tuan Haji Norhelmi Jamil menzahirkan ucapan terima kasih kepada Pengerusi Masjid Ibnu Khaldun, Haji Md Asna serta AJK masjid yang banyak membantu memudahkan agihan ini


“ISMA Seremban sangat berterima kasih dan terharu dengan sokongan masyarakat yang tidak putus-putus membantu dan memberi sokongan dalam menyalurkan bantuan kepada masyarakat dengan pelbagai cara.


“Moga usaha yang sangat baik ini diberkati Allah SWT dan semua pihak yang bertungkus-lumus menjayakan bantuan ini diberikan sebaik-baik ganjaran oleh Allah SWT,” katanya.



Difahamkan sebanyak 100 ekor ayam segar disumbangkan oleh beberapa orang dermawan yang sangat prihatin dengan kesukaran yang dihadapi oleh rakyat hari ini.


Turut sama menjadi tonggak utama dalam pemberian sumbangan ini ialah Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Ikhlas, Haji Zaim Shaari.


The post ISMA Seremban agih sumbangan kepada 200 keluarga appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.