Expired : 18.06.18

Israel benar penduduk haram ibadat secara bebas di al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 14 Safar 1441H, Ahad – Menteri Pertahanan negara pengganas Israel, Gilad Erdan dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, rejimnya akan membenarkan penduduk haram beribadat secara bebas di dalam masjid al-Aqsa tidak lama lagi, lapor Arab48.com.


Katanya, Baitulmaqdis sedang dalam usaha mencapai kedaulatan melalui kawalan ketat di kawasan itu dan pihaknya hampir mencapai matlamatnya, iaitu dengan membuka pintu gerbang al-Aqsa untuk penduduk haram.


“Perkara ini disebabkan terdapat permintaan tinggi daripada mereka (penduduk haram) untuk memasuki masjid berkenaan. Saya harap ini berlaku tidak lama lagi.


“Apabila sampai tahap ini, kami (Israel) akan berusaha untuk menukar status quo di Baitulmaqdis demi kepentingan bangsa Israel,” katanya.


Pada masa sama, Erdan berkata, pihaknya belum boleh menjangka ketetapan itu, tetapi dia yakin ianya akan berlaku dalam beberapa tahun akan datang, iaitu tidak lebih daripada satu dekad.


Selain itu, Erdan menegaskan bahawa tiada undang-undang antarabangsa yang boleh menghalang perkara itu daripada berlaku, lebih-lebih lagi dengan mendapat sokongan daripada Mahkamah Tinggi Israel.


Terdahulu, Majlis Wakaf Islam di Baitulmaqdis menggesa agar tekanan dikenakan terhadap kerajaan Israel bagi menghentikan pencerobohan ini.


Israel telah menduduki Baitulmaqdis – yang menempatkan al-Aqsa — ketika Peperangan Timur Tengah 1967.


Pada 1980, Israel secara unilateral telah ‘mengambil’ keseluruhan bandar itu serta mendakwanya sebagai ibu kota negara yang abadi dan tidak berbelah bahagi. -Agensi


The post Israel benar penduduk haram ibadat secara bebas di al-Aqsa appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop