v Israel roboh, sita kawasan binaan Palestin
Expired : 18.06.18

Israel roboh, sita kawasan binaan Palestin

BAITULMAQDIS, 2 Jamadilawal 1441H, Ahad – Negara tidak diiktiraf Israel telah meroboh dan menyita beratus-ratus kawasan pembinaan Palestin di Tebing Barat yang diduduki sejak Januari lalu, kata Agensi Penyelarasan Kemanusiaan PBB (OCHA).

Dalam laporan bertajuk ‘Protection of Civilians’, sebanyak 617 bangunan telah dirobohkan dan dirampas pada tahun ini, selain menghalau keluar 898 rakyat Palestin.

Pada masa sama, catatan angka terus meningkat dari 35 peratus kepada 92 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

OCHA menegaskan bahawa, rejim Zionis juga telah mencabut dan memotong kira-kira 2,500 batang pokok serta anak pokok ketika operasi pencerobohan di timur Nablus.

“Pokok-pokok itu adalah sebahagian daripada kawasan rekreasi bagi 14,000 penduduk bandar Beit Furik dan berdekatan kampung Khirbat Tana,” katanya.

Difahamkan, sebelum ini pihak berkuasa Israel telah menghancurkan 29 bangunan rakyat Palestin dan pada masa sama, memaksa pemilik untuk merobohkan perumahan mereka di kawasan C.

Usaha merobohkan bangunan telah mengorbankan 45 orang rakyat Palestin dan merugikan ratusan yang lain.- Agensi

The post Israel roboh, sita kawasan binaan Palestin appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.