Expired : 18.06.18

Isteri mengandung luah perasaan, Ammar Alfian pula didakwa curang

BELUM pun reda isu keretakan rumah tangga beberapa selebriti tanah air, kini isteri kepada pelakon Ammar Alfian, Nelissa Nezam yang sedang hamil enam bulan pula mendedahkan perkara sama.


“Ramadan tahun ini menguji saya dengan cara yang tidak terjangka. Saya mendapat tahu suami yang dikahwini selama tiga tahun telah berlaku curang ketika saya sedang sarat mengandungkan anaknya.


“Saya tidak pernah tahu saya telah berkahwin dengan seorang lelaki yang boleh membuat sesuatu yang tidak berhati perut seperti itu.


“Saya percaya bahawa semuanya berlaku dengan alasan dan Allah mempunyai rencana yang lebih baik untuk saya dan bayi dalam kandungan ini,” kata Nelissa menerusi hantaran di Instagram.


Nelissa bagaimanapun tidak menjelaskan secara lanjut berkenaan perkara itu, dan telah memadam hantaran Instagram tersebut.


Pasangan itu yang terkenal dengan filem Paskal mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016.


Nellisa yang juga pengacara televisyen bagaimanapun berkata, dia bersyukur kerana mendapat sokongan daripada keluarga dan rakan terdekat.


“Ketika mendapat tahu tentang hal ini, saya rasakan seluruh dunia ini telah musnah dan fikir tidak akan mampu untuk mengharunginya. Mujurlah ada keluarga dan rakan-rakan yang membuatkan saya kembali kuat,” katanya lagi.


“Semoga semuanya akan menjadi lebih baik bermula sekarang, InsyaAllah,” katanya, mengakhiri hantaran itu dengan tanda pagar #singlemother (ibu tunggal).


The post Isteri mengandung luah perasaan, Ammar Alfian pula didakwa curang appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop