Expired : 18.06.18

Isu Kashmir: Kenyataan wakil rakyat PAN biadab, tak sensitif

BANGI, 10 Safar 1441h, Rabu – Kenyataan wakil rakyat Parti Amanah Negara (PAN) yang menganggap konflik di Kashmir, Palestin dan Rohingya bukan membabitkan isu agama pada sidang Dewan Rakyat semalam, disifatkan sebagai dangkal dan tidak sensitif terhadap umat Islam.


Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, bukti menunjukkan tindakan India terhadap majoriti umat Islam di Jammu dan Kashmir adalah isu agama.


“Bertitik tolak daripada isu agama, maka timbul pelbagai isu yang lain seperti isu kemanusiaan, ekonomi dan sosial. Contohnya yang terbaru di Kashmir. Foreign Policy melaporkan,’many Kashmiri Muslims, the dominant group in Jammu and Kashmir and the victims of what they regard as an Indian occupation, the revocation of Article 370 is a nightmare scenario.’


“Selain itu, Perdana Menteri Pakistan juga mengatakan, ‘What the India leadership has done in Kashmir yesterday, is part of the BJP ideology, and Golwalkar, the party’s founding father, of ensuring that Muslims of India would remain as second-class citizens.’


“Begitu juga dalam laman web frontline.thehindu.com yang menyatakan, ‘The BJP uses its brute parliamentary majority to fulfill the RSS long pending demand to annul Jammu and Kashmir’s special status and take the first step towards the Sangh Parivar’s dream of establishing a Hindu Rashtra,” katanya dalam satu kenyataan.


Memetik ucapan Ahli Parlimen Hulu Langat semalam, Mohd Amar berkata, ahli PAN itu jelas tidak memahami sepenuhnya asas utama isu yang membabitkan Islam dan umat Islam di luar negara.


“Kenyataan PAN yang kononnya mendakwa sebagai parti Islam begitu biadab terhadap bukan sahaja umat Islam di Kashmir dan Rohingya malah umat Islam di seluruh dunia,” kata beliau.


Semalam, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus dilaporkan berkata, isu Kashmir, Palestin dan Rohingya bukan isu agama dan ingin mengetahui Kementerian Luar serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia menerangkan kepada rakyat bahawa isu itu, bukan isu agama.


“Saya bimbang rakyat Malaysia akan merasakan bila kita menyokong negara-negara itu, kita dianggap rasis kerana kita memperjuangkan Islam. Akhirnya kita tidak dilihat mempamerkan yang kita benar-benar memperjuangkan hak asasi manusia,” katanya.


The post Isu Kashmir: Kenyataan wakil rakyat PAN biadab, tak sensitif appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop