Expired : 18.06.18

Isu Kashmir: Rakyat kita lebih taat dengan India dari Malaysia

BANGI, 6 Safar 1441H, Sabtu – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung menyelar sikap sebahagian rakyat Malaysia – yang kononnya mendakwa warganegara – tetapi menyokong kerajaan India berhubung isu konflik di Kashmir.


Ia susulan tindakan jurucakap Kementerian Luar India, Raveesh Kumar yang mengingatkan Malaysia supaya tidak membuat sebarang kenyataan mengenai Kashmir.


Peringatan kerajaan negara itu sebagai tindak balas terhadap kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membangkitkan isu Kashmir ketika Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-74 di New York, baru-baru ini.


Tun Dr Mahathir Mohamad antara lain menyebut, Jammu dan Kashmir telah ‘ditawan dan dijajah’, dan meminta New Delhi dan Pakistan bekerjasama menyelesaikan masalah tersebut.


Petikan kenyataan Perdana Menteri itu mengundang banyak komen di laman Twitter termasuk beberapa netizens, dipercayai warga India, yang menyuarakan rasa kecewa mereka menerusi #BoycottMalaysia.


Mengulas lanjut, Firdaus Wong menyifatkan netizen yang menyokong kerajaan India lebih taat dengan negara asal mereka, berbanding Malaysia.


“Ironiknya di ruangan komen ramai yang kononnya rakyat Malaysia menyokong kerajaan India! Lebih taat kepada kerajaan India dan negara asal nenek moyang atau benci kepada Malaysia dan Muslim serta Islam?


“Ya mungkin mereka tidak mewakili majoriti tetapi keadaan ini sangat membimbangkan. Kita diberitahu jangan risau akan ketaatan kepada Malaysia tetapi dengan perangai begini apakah semakin kurang risau atau semakin risau?


“Diharap rakyat Malaysia yang patriotik pula bersuara ke atas bangsa mereka sendiri yang lebih menyokong kerajaan India,” katanya.


India pada 5 Ogos lalu membatalkan status khas Kashmir, wilayah majoriti penduduk beragama Islam dalam usaha New Delhi mengintegrasikan kawasan itu dengan negeri lain di negara berkenaan.


Menteri Dalam Negeri India, Amit Shah berkata, Kerajaan Persekutuan akan memansuhkan Artikel 370, peruntukan Perlembagaan yang memberi status istimewa Kashmir dan membenarkan negeri Jammu dan Kashmir menggubal undang-undang sendiri.


Perubahan itu juga membabitkan pembatalan larangan kepada orang luar untuk membeli tanah di Kashmir dan hak pekerjaan hanya kepada penduduk di wilayah itu sahaja.


Pada hari sama, rangkaian mudah alih persendirian, perkhidmatan internet dan talian telefon diputuskan malah terdapat sekatan pada pergerakan dan perhimpunan.


Difahamkan, tindakan itu dibuat selepas pihak berkuasa Kashmir yang ditadbir India mengisytiharkan perintah berkurung di sebahagian besar wilayah itu manakala Kerajaan India menghantar kira-kira 70,000 anggota tentera tambahan sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi ancaman daripada Pakistan.


The post Isu Kashmir: Rakyat kita lebih taat dengan India dari Malaysia appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop