Expired : 18.06.18

Isu komunis: Menteri bingung, tak boleh selesai ancaman

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin


BANGI, 6 Rabiulakhir 1441H, Selasa – Orang Melayu dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada hari ini seolah-olah sudah menjadi boneka kepada parti rasis dan cauvinis DAP serta puak liberal.


Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID), Ustaz Masridzi Sat berkata, perkara itu dapat disaksikan sejak PH mengambil alih tampuk pemerintahan negara selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tahun lalu.


“Ancaman demi ancaman, penghinaan, kerosakan, kezaliman telah berlaku khusus kepada umat Melayu Islam dalam negara kita. Isu LGBT, Hindraf, LTTE, Dong Zong, China komunis seolah-olah sudah menguasai arus pentadbiran PH.


“Jadi tidak hairanlah menteri-menteri berkenaan menjadi bingung, bukan setakat tak boleh nak selesaikan ancaman yang berlaku bahkan menjawab pun macam tak cukup maklumat.


“Sedangkan mereka dah mempunyai pelbagai agensi keselamatan, mempunyai ribuan kakitangan, mempunyai gaji puluhan ribu dan peruntukan ratusan juta setahun,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.


Menurut laporan media, kira-kira 300 orang menghadiri perjumpaan yang dipercayai membabitkan bekas ahli Parti Komunis Malaya (PKM), kelmarin antara lain dikatakan bagi memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai yang ditandatangani antara kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989.


Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, polis dan Cawangan Khas telah diarahkan untuk membuat siasatan terhadap perhimpunan itu.


Tetapi ketika ditanya sama ada bekas ahli PKM boleh melakukan pertemuan seperti itu, Muhyiddin berkata, sebagai sebuah negara yang merdeka perkara itu tidak boleh dihalang tetapi pihak berkenaan juga perlu memikirkan sama ada semangat sebegitu perlu dibangkitkan dalam situasi negara yang sudah aman.


Kecewa dengan alasan yang diberikan Muhyiddin, Ustaz Masridzi berkata, negara memerlukan pemimpin yang berwibawa, tegas dan berani dalam menghadapi isu-isu keselamatan negara masa kini.


“Dulu militan Islam tidak ada orang kerajaan, hanya orang awam biasa, tetapi militan Hindu dan Cina komunis sekarang ini jelas mendapat sokongan serta penglibatan ‘orang dalam kerajaan’ itu sendiri.


“Ini sangat bahaya kepada negara kita, umpama api dalam sekam yang bila-bila boleh membinasakan keamanan negara kita,” katanya.


Justeru, dengan terlalu banyak kes yang gagal ditangani oleh pihak kerajaan, beliau berpendapat babawa wajar parti-parti Melayu Islam sama ada dalam kerajaan atau pembangkang berbincang demi negara tercinta.


“Lakukan seperti Presiden Jokowi dan Prabowo boleh bersatu demi negara Indonesia. Tapi jika tidak mampu juga, kami desak supaya pemimpin kerajaan sedia ada berundurlah secara baik.


“Rakyat sudah bosan dan menyampah dengan segala janji-janji retorik yang ternyata sehingga kini gagal ditunaikan oleh mereka,” katanya.


The post Isu komunis: Menteri bingung, tak boleh selesai ancaman appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop