Expired : 18.06.18

Isu Misteri Dilaila Ciplak Filem Hollywood : Yusof Haslam Enggan Beri Komen

Beberapa hari lalu, hangat dengan isu filem Misteri Dilaila yang didakwa meniru jalan cerita filem Hollywood, Vanishing Act. Ramai juga peminat filem kecewa dengan berita itu.



Susulan isu itu, penerbit Datuk Yusof Haslam buat masa ini enggan memberikan sebarang komen mengenai isu berkenaan kerana tidak mahu salah faham terus timbul.



Buat masa ini, saya mohon supaya semua pihak memberi ruang kepada anak saya dan Skop Production. Kami akan memberi kenyataan rasmi mengenai perkara ini dalam masa terdekat.


Terdahulu,seorang pengguna Twitter mendedahkan plot filem Misteri Dilaila dan Vanishing Act hampir 80 peratus sama. Pendedahan itu juga menyebabkan segelintir netizen meluahkan perasaan kesal dan tidak berminat untuk menonton filem arahan Syafiq Yusof itu.


Sumber Berita : Kosmo Online


Norlida Ishak Shop