Expired : 18.06.18

Isu Tanah Cameron Highlands, Ada Yang Cuba Menangguk Di Air Keruh – Zahida

KUALA LUMPUR, 26 Dis – Nampaknya ada pihak yang cuba menangguk di air keruh dalam isu tindakan pihak berkuasa terhadap peneroka haram di Sungai Tiang Cameron Highlands tempoh hari, kata Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan.


Dalam isu ini, beliau membidas Timbalan Menteri, Fuziah Salleh yang sepatutnya lebih faham SOP dan prosidur pihak berkuasa sebelum mereka ambil satu-satu tindakan.


“Tidakan Fuziah menyalahkan Kerajaan negeri Pahang adalah satu tindakan terdesak meraih populariti.


“Kami menyokong penuh tindakan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy yang bertindak tegas terhadap peneroka haram dalam usaha memelihara kehijauan dan keindahan di Cameron Highlands,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Ujarnya, Fuziah sendiri tahu bahawa operasi penguatkuasaan tersebut dilakukan dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan seperti yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Bersama Pemulihan Cameron Highlands yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.


“Kenapa YB Fuziah hanya mahu menyalahkan Kerajaan Negeri Pahang semata-mata dalam operasi penguatkuasaan ini? Kenapa YB Fuziah enggan menegur dan mengkritik TPM dan Kerajaan Persekutuan?


“Kalau kita baca komen-komen netizen di posting Facebook Fuziah sendiri, kita dapat lihat yang rakyat lebih bijak dan lebih faham tentang isu di Cameron Highlands.


“Bila pemimpin PH ni nak bijak ya? Saya cadangkan Fuziah pergi buat pemeriksaan kesihatan segera, takut-takut dah terkena radiasi Lynas,” sindir beliau lagi.


Terdahulu Fuziah menganggap bahawa tindakan kerajaan negeri Pahang menggunakan keganasan ke atas pekebun sayur di Cameron Highlands adalah amat dikesali dan tidak seharusnya berlaku. – UMNO ONLINE


Norlida Ishak Shop