Expired : 18.06.18

Itsycal – Akses Kalendar Mini Dengan Mudah Pada Bar Menu Mac

Pada macOS, ia sedia menyertakan sokongan paparan tarikh, tetapi pengguna tidak boleh melihat keseluruhan paparan kalendar sesuatu bulan dengan mudah terus daripada bar menu Mac anda. Kebiasaannya, pengguna perlu membuka aplikasi penuh Calendar, dan tidak boleh melakukannya pada bar menu tanpa sokongan aplikasi ketiga.


Untuk mengatasi masalah berkenaan, dan memudahkan pengguna, salah satu aplikasi yang boleh membantu anda adalah Itsycal.


Itsycal


Itsycal ditawarkan secara percuma dalam bentuk sumber terbuka. Pengguna boleh memuat-turun dan memasangnya. Ia seterusnya akan memaparkan kalendar penuh untuk sesuatu bulan dan boleh diakses dengan hanya satu klik sahaja di bar menu. Selain kalendar penuh, anda turut boleh mengakses pelbagai temujanji dan aturcara dengan mudah melaluinya.


Bagi anda yang menggunakan MacOS dan inginkan sebuah paparan kalendar penuh pada bar menu, mungkin Itsycal adalah salah satu pilihan menarik untuk anda.


Muat-Turun Itsycal untuk Mac


Norlida Ishak Shop