Expired : 18.06.18

“Jadi Manusia Berguna, Yang Tau Hormat Sesama Manusia” – Noor Nabila

Kakak kepada pengacara Neelofa, Noor Nabila berharap agar anaknya, Jebat Jayden Ahmad dapat menjadi seorang manusia yang berguna pada masa depan.


Menerusi entri di Instagram (IG), Nabila berkongsi gambar anaknya yang tidak sihat dan sedang menerima rawatan.


“Cepat sihat ye anak mommy sayang. Anak yang soleh, jadi manusia yang berguna, yang tau hormat sesama manusia.


“Berakhlak baik yang berbakti kepada orang tua dan masyarakat insyaAllah. Love u anakku sayang,” tulisnya.



Menerusi ruangan komen rata-rata melahirkan rasa risau terhadap Jayden dan mendoakan agar dia segera sembuh daripada masalah penyakit yang dialaminya.


Noor Nabila dan pelakon Sharnaaz Ahmad berkahwin pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata sulung pada 30 Ogos 2018.


Sumber : Gempak


Norlida Ishak Shop