Expired : 18.06.18

“Jadi Selebriti Ni Bukan Mudah Macam Yang Kita Nampak...”- Suami Jadi Pendengar Setia, Bienda Sambut Anniversary Ke-10




Syafiqah Jalal



Hiburan

“Jadi Selebriti Ni Bukan Mudah Macam Yang Kita Nampak...”- Suami Jadi Pendengar Setia, Bienda Sambut Anniversary Ke-10
Penyanyi Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razli mendedahkan hidup selebriti bukan mudah seperti yang dilihat.

Bienda berkata sebagai selebriti dia perlu berhati-hati dalam berkongsi apa jua perkara.

Namun, Bienda memberitahu dia bertuah kerana dipertemukan dengan seorang lelaki yang kini menjadi suaminya, Kamarul Zariman Abd Rahman kerana sentiasa menjadi pendengar setia.

“Honestly jadi selebriti ni bukan mudah macam yang kita nampak, tak semua benda kita boleh share.

“Tapi syukur Alhamdulilah, Allah pertemukan Bienda dengan jodoh yang baik. Menjadi imam dan walid pada dua cahaya mata.

“Tempat mengadu, curah kasih sayang, suka dan duka Bienda dari zaman bujang sampailah sekarang,” tulisnya.

Anak kepada penyanyi dangdut Sheeda ini berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu, dia memuat naik fotonya ketika majlis perkahwinan mereka 10 tahun lalu.

Sempena ulang tahun perkahwinan mereka semalam, Bienda mengucapkan terima kasih kepada suami serta keluarga dan semua yang mendoakan kebahagiaan mereka.

“Terima kasih suami for the last 10 amazing years. Semoga Allah memakbulkan doa-doa kita.

“Tak lupa juga terima kasih pada semua sahabat-sahabat, keluarga dan rakan-rakan followers Bienda yang sentiasa mendoakan kami dari dilu sampai selarang.

“Semoga kita semua dikurniakan jodoh, suami atau isteri yang solehah,” katanya lagi.

Pasangan ini telah dikurniakan dia orang cahaya mata Lavienda Namiraz, 7, dan Namiraz, 5 tahun.
 




Norlida Ishak Shop