Expired : 18.06.18

Jadikan budaya Melayu subjek wajib kepada bukan Melayu


BANGI, 8 Jamadilawal 1440H, Isnin – Pendakwah bebas, Ustaz Ridhuan Tee Abdullah mencadangkan adat budaya dan cara hidup Melayu dijadikan subjek di semua sekolah yang wajib dipelajari bukan Melayu.


Mengambil contoh penghinaan terhadap Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, beliau berkata, subjek ini amat penting supaya bukan Melayu menggunakan bahasa dan budaya yang tidak bertentangan dengan nilai dan norma hidup bangsa Melayu.


“Satu lagi subjek yang mesti diajar adalah memahami adat budaya dan cara hidup Melayu selaku penduduk asal dan bangsa majoriti.


“Subjek ini amat penting, supaya apabila puak-puak ultra kiasu ini berbahasa dan berbudaya, tidak akan keluar daripada norma-norma dan cara hidup Melayu


“Saya amat yakin, kata-kata lucah yang dihamburkan kepada bekas YDPA adalah sebabkan oleh kejahilan ultra kiasu ini dalam memahami adab dan budaya Melayu,” kata kolumnis Ismaweb itu, hari ini.


Beliau berkata, kursus ini hendaklah diwajibkan kerana kita tinggal di kawasan atau negara majoriti Melayu, sama seperti orang Cina di Thailand atau Cina Indonesia yang amat memahami budaya bangsa majoriti di sana.


Mengulas lanjut, Ustaz Ridhuan Tee berkata, penghinaan terhadap Sultan dan Yang di-Pertuan Agong disebabkan puak ultra kiasu ini tidak faham adab budaya dan cara hidup Melayu


“Inilah hasil atau produk sekolah vernakular, yang tidak berjaya memahamkan anak-anak Cina ini mengenai budaya cara hidup bangsa majoriti. Apabila adab dan budaya ini tidak difahami maka akan keluarlah kata-kata atau perkataan yang mengguris hati orang lain,” katanya.


Pada masa sama beliau berkata, sudah sampai masa kedudukan bahasa Melayu di sekolah vernakular (SJKC) dimartabatkan agar ultra kiasu dapat memahami roh dan adab budaya Melayu.


“Bahasa Melayu hendaklah diseragamkan. Tidak timbul soal BM di SJKC dan Sekolah Persendirian Cina mesti dipermudahkan,” katanya.


IKUTI ULASAN LANJUT BELIAU DALAM RUANG KOLUMNIS


Eric Liew antara tiga ditangkap hina Sultan Muhammad V


The post Jadikan budaya Melayu subjek wajib kepada bukan Melayu appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop