Expired : 18.06.18

Jadikan Data Peribadi Anda Lebih Selamat Menggunakan Peranti Samsung – Tukar Sekarang!

Pada hari ini, telefon pintar memainkan peranan penting dalam kehidupan harian. Bukan sahaja untuk mengakses pelbagai maklumat mahupun kekal berhubung, malah telefon pintar juga kini telah giat digunakan sebagai pengganti kepada dompet – apatah lagi dengan penawaran aplikasi nirtunai seperti Samsung Pay dan sebagainya.


Dengan telefon pintar yang menjadi medium utama setiap hari, semestinya salah satu perkara yang menjadi fokus utama adalah sokongan sekuriti pada telefon pintar yang digunakan anda. Bercakap mengenai sekuriti ini sendiri, salah satu jenama yang tidak asing lagi yang hadir ke minda adalah Samsung.


Samsung sedia merekabentuk peranti mereka dengan fokus terhadap pengguna, dan mengoptimasikan peranti mereka berdasarkan kaedah penggunaan seseorang. Dengan langkah ini, ia sekaligus memberikan anda apa yang diperlukan – dan pada masa yang sama memberikan ketenangan kepada minda apabila memikirkan mengenai sekuriti dan sebagainya.


Perlindungan Sekuriti Berganda Melalui Samsung Knox


Samsung Knox


Samsung Knox terdiri daripada platform bersekuriti tinggi yang dibangunkan oleh Samsung untuk peranti-peranti keluaran mereka. Melalui fungsi ini, ia sekaligus melindungi peranti anda daripada pelbagai serangan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab – termasuk malware dan sebagainya.


Hal ini adalah disebabkan fungsi Samsung Knox ini akan mengasingkan data peribadi ke tempat yang selamat pada peranti Samsung anda. Dengan adanya fungsi ini, segala data peribadi anda akan disulitkan (encrypted) dan anda tidak perlu risau sekiranya telefon pintar anda dicuri atau hilang kerana sesiapa yang menjumpai telefon pintar anda tidak akan dapat melihat data peribadi yang terdapat pada telefon pintar Samsung.


Mengelak Spam Daripada Telefon Anda


Selain perlindungan data, pihak Samsung juga menawarkan beberapa ciri-ciri khas yang turut menghalang spam dan perkara yang tidak diingini daripada peranti mudah-alih anda.


Yang pertama sekali adalah perlindungan daripada panggilan telefon berbentuk spam. Untuk mengaktifkannya, anda hanya perlu ke Call Settings, dan aktifkan Smart Call. Seterusnya, anda akan dilindungi dan mengelak nombor telefon yang disyaki spam apabila mereka membuat panggilan kepada anda.


Samsung Smart Call


Disamping itu, anda turut boleh mengaktifkan sokongan penghalang iklan yang menganggu pada pelayar web. Untuknya, akses Samsung Internet, pilih menu, dan pilih “Ad Blocker“.


Ini boleh dilakukan dengan mengakses menu Samsung Internet, memilih Settings, Privacy & Security, dan seterusnya mengaktifkan Smart Anti-Tracking.


Mengambil Kuiz Asas Berkaitan Sekuriti


Dalam menjadikan pemahaman anda berkaitan arena sekuriti digital ini lebih mudah, pihak Samsung turut menyediakan sebuah infografik ringkas – sekaligus memudahkan lagi pemahaman anda berkaitan sekuriti, dan mengelak anda daripada membuat kesilapan biasa yang dibuat ramai pengguna di luar sana.


Kuiz Sekuriti Mudah-Alih


Tukar Ke Peranti Samsung Sekarang!


Dengan perlindungan sekuriti menarik yang disediakan oleh Samsung ini, ia semestinya salah satu peranti yang menjadi pilihan ramai dalam kehidupan digital yang menjadi fokus ramai pada hari ini. Apatah lagi dengan telefon yang kini menyimpan pelbagai maklumat sensitif, termasuk berkaitan perbankan, dompet digital, akses media sosial, dan pelbagai maklumat lain.


Bagi anda yang inginkan sebuah peranti yang lebih selamat, anda boleh mendapatkan telefon pintar Samsung dibawah promosi iChanged, sekaligus mendapatkan promosi dan tawaran menarik untuk tukar-beli sebuah telefon Galaxy S10 hari ini!.



Penafian: Advertorial daripada Samsung Malaysia


Norlida Ishak Shop