Expired : 18.06.18

Jakim serah kes identiti Sajat kepada Jais

Kes kecelaruan identiti Nur Sajat diserahkan kepada Jais. ― Foto ihsan Instagram/Nur Sajat02
Kes kecelaruan identiti Nur Sajat diserahkan kepada Jais. ― Foto ihsan Instagram/Nur Sajat02

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menyerahkan kes kecelaruan identiti usahawan bengkung Nur Sajat kepada pihak Selangor.

Ketua pengarahnya berkata Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sudah dimaklumkan mengenai perkara tersebut.


“Agar kerja yang dilakukan bijaksana dan tuntas, kali ini kita telah mohon kerjasama Jais untuk mengambil langkah yang bersesuaian di bawah bidang kuasa negeri,” kata Datuk Paimuzi Yahya di Twitter.


Beliau berkata demikian selepas pelakon Ophilia mendakwa sudi berkerjasama dengan agensi agama itu.


Semalam sebuah portal melaporkan, Sajat sudi menyelesaikan kontroversi dirinya melalui saluran rasmi.


Baru-baru ini, Sajat, nama sebenar Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman mencetuskan kontroversi apabila menunaikan ibadah umrah dengan berpakaian wanita.


Ekoran itu beliau dikritik ramai termasuk menteri, mufti dan agamawan.