Expired : 18.06.18

Jakim tegas tolak usaha iktiraf LGBT


BANGI, 3 Rejab 1440H, Ahad – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menolak sebarang usaha mengiktiraf lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamad Nordin.


Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, ia selaras dengan pendirian Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang jelas menyatakan Malaysia tidak boleh menerima sistem nilai diamalkan di negara Barat, iaitu LGBT dan perkahwinan sejenis.


Beliau berkata, pendirian sama turut ditegaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa yang melarang sebarang usaha untuk mempromosikan LGBT di negara ini.


“Jakim berasa kesal dengan tindakan sekumpulan peserta perarakan Hari Wanita Antarabangsa di Kuala Lumpur pada 9 Mac 2018 yang menyokong golongan LGBT di negara ini.


“Sejak dahulu lagi LGBT tidak diterima di negara kita,” katanya.



Justeru, beliau mengingatkan supaya tidak ada mana-mana pihak yang cuba mencemarkan imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam, menerusi amalan songsang itu.


“Demokrasi tidak bermaksud semua orang boleh buat apa yang disukainya, lebih-lebih lagi apa yang diperjuangkan bertentangan dengan undang-undang, ajaran agama, nilai dan norma masyarakat Malaysia.


“Jakim komited menangani dan membantu golongan yang terjebak dengan budaya LGBT melalui program rawatan dan pemulihan yang dijalankan dari semasa ke semasa dengan kerjasama pelbagai pihak,” katanya.


Semalam, satu perhimpunan haram diadakan bagi menuntut hak wanita yang diadakan bersempena Hari Wanita Sedunia berhampiran sebuah pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.


Beberapa badan bukan kerajaan (NGO), termasuk Women’s Aid Organization (WAO), Sisters In Islam (SIS) serta penyokong LGBT dilaporkan telah menyertai perhimpunan itu.


Antara perkara dituntut kumpulan terbabit pada perhimpunan itu ialah menghapuskan diskriminasi jantina, menghentikan keganasan terhadap wanita dan kesaksamaan gender.


Lebih mengejutkan, apabila perhimpunan yang tidak mendapat kebenaran pihak polis itu juga secara terbuka melaungkan ‘Hidup LGBT’ sepanjang perarakan.


The post Jakim tegas tolak usaha iktiraf LGBT appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop