Expired : 18.06.18

Jam 4 pagi tolong sepasang suami isteri menyorong motor.Tak sangka,mereka sebenarnya adalah..

Pernah sekali saya pulang lewat malam, jam 4 pagi. Di tepi jalan, ada seorang wanita berjalan sambil mendukung anaknya dan suaminya berada tidak jauh di depan menolak motosikal.


“Ini mesti kes kehabisan minyak,”.


Kebetulan tidak beberapa jauh di depan ada stesen Shell, lalu saya berpatah balik dan menegur wanita itu.


“Kak, balik mana? Nak tumpang ke?”


“Tak apalah, abang ada di depan tu,” jawabnya yang kelihatan penat mendukung anak yang sedang tidur lena.


Terus saya memecut ke depan sambil melihat suaminya, lalu saya menegur suaminya.


“Ini apa kes bang? Habis minyak? Ada Shell di depan tu. Kasihan tengok akak. Apa kata saya tumpangkan akak sampai di Shell supaya mereka boleh tunggu di sana sambil itu saya belikan minyak untuk abang. Abang tunggu sajalah di sini, penat jalan kan?” saya cadang pada dia.


“Minyak ada sikit lagi, cukup untuk perjalanan balik. Tapi tayar pancit,” katanya.


Sekali tengok kat tayar, “Alamak!? Tengah malam buta begini, mana ada workshop buka bang,”


“Tak apalah, pelahan-lahan kami jalan sampailah di rumah nanti,” katanya menolak pelawaan aku sekali lagi.


“Beginilah bang, abang tolak motor ini sampai di Shell. Saya dengan kakak sama anak abang tunggu di sana. Nanti saya sembang dengan tauke Shell itu, motosikal abang simpan di sana. Esok pagi abang datang ambil semula motosikal dengan bawa pomen sekali.


Sekarang, saya hantar abang dan akak pulang dulu. Malam-malam begini, itulah cara yang terbaik bang,” kata saya yang cuba menyakinkan dia.


“Tetapi, kami seganlah encik. Itu kereta BMW, kereta mewah. Kami orang susah, kutip kotak cardboard saja,” katanya.


“Apalah abang ni, time ni tak kiralah semua itu, yang penting akak sama anak dah penat, kita settlekan dulu ye,” balas saya.


Sekali saya hantar mereka pulang, punyalah jauh abang ni dari Persiaran Raja Muda Musa sampai ke Pulau Indah. Kalau jalan kaki, memang sampai matahari terbit barulah tiba di rumah. Jadi, nak cerita bab KFC lah, kami lalu KFC Port Klang, anak dia tiba-tiba teriak.


“Abah! Adik nak KFC!”


Lantas si ibu lekas-lekas menutup mulut anaknya.


“Abang dah makan ke belum?”


“Tak apa encik, kami tak lapar,” jawabnya dalam nada segan.


Hati jadi sebak, saya terus buang U-Turn dan berhenti di KFC. Bawa si kecil masuk dan memesan makanan. Manakala ibu bapanya tunggu di dalam kereta.


“Adik nak makan apa?”


“Abang kita suka ayam,” katanya


Aduhai, rupa-rupanya ada abang seorang lagi di rumah pun belum makan. Jadi saya pesan satu tong besar ayam goreng, kentang, roti dan Pepsi sebotol besar. Bila masuk balik kereta, ibu bapanya terharu sungguh melihat tangan kami penuh dengan plastik KFC.


Sampai di rumah, saya hulurkan wang RM300 pada lelaki itu, buat ganti tayar dan isi minyak motosikal. Selebihnya buat duit dapur bagi isterinya.


Saya juga memberikan alamat kedai saya agar dia boleh datang ke sana untuk mengambil kotak cardboard yang bertimbun-timbun tingginya hingga ke siling. Kalau dijual di kedai, boleh dapat RM1,500. Wang itu saya bagi saya taklah seberapa tetapi pada mereka, ianya besar dan memang rezeki mereka. Saya beritahu mereka, saya halalkan saja.


Sesungguhnya kami orang Cina Malaysia tidak bnci pada orang Melayu. Saya sayang pada orang Melayu, rindu dengan kawan-kawan Melayu. Tetapi kita semua dipolitikkan untuk memb3nci antara satu sama lain demi kepentingan politik mereka.


Yang paling saya benci, kaki rassis yang suka mengh@sut orang. Kami Cina bukan benci Islam, Islam itu indah kata Cikgu Nik Aziz, cuma secara kebetulan kerajaan kita itu Melayu dan kami hanyalah menentang korupsi, penyelewengan, penindasan dan penipuan.


Kalau kerajaan kita itu Cina, kami tetap lawan menentang! Cina h@prak kami bantai.


Ini pesan bagi orang yang benci Cina, korang belum lagi kenal saya, belum jodoh kita bertemu. Jauh perjalanan, luas pengalaman, jangan dek ego kaum, musnah harapan bangsa Malaysia.


Sumber: Wayne Phang, Kredit: beritakopak.org


ulasan… Sentiasalah Bersangka Baik Sesama Manusia.


Apa itu husnuzon? Husnuzon adalah berbaik sangka. Ini adalah perbuatan yang dituntut dalam Islam kerana perbuatan ini dapat mengelak dari menuduh orang lain berbuat keburukan, yang secara tidak langsung, jika tidak punyai bukti yang kukuh menjadikan kita pemfitnah.


“Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani, semua itu akan diminta pertanggungjawabannya.” [al Isra’, 17:36]


Berbaik sangka juga mempunyai banyak kebaikan dan kelebihannya. Antaranya adalah hubungan persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik. Ini kerana, apabila hati bebas dari bersangka buruk terhadap saudara itu, maka yang ada dalam hatinya adalah sangkaan baik-baik belaka, maka sudah pasti hatinya bertambah cinta pada saudaranya itu. Bayangkan jika hati penuh dengan sangka buruk, sudah pasti apabila lihat sahaja muka saudaranya itu, menjadikan timbul benci, geram dan segala dendam, biarpun sangkaannya itu belum terbukti benar, nauzubillah.


Selain itu, bersangka baik juga dapat membersihkan hati dari titik-titik hitam di hati. Titik hitam ini hanya singgah pada hati yang kotor. Jika hati sudah penuh dengan titik hitam, maka proses pembersihannya juga menjadi sukar. Bukankah mencegah lebih baik dari mengubati. Jadi, marilah kita mencegah perkara-perkara mungkar dari terus berkumpul di hati kita, bukan buruk sangka sahaja, malah segala bentuk kemvngkaran.


Beberapa pesanan Sheikh Abdul Qadir Jailani agar kita sentiasa bersangka baik sesama insan;


1. Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu;


“Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku.”


2. Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah dalam hatimu;


“Anak ini belum berm@ksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak berm@ksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku.”


3. Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah dalam hatimu;


“Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”


4. Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah dalam hatimu;
“Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”


5. Jika bertemu dengan seorang yang b0doh, maka katakanlah dalam hatimu;
“Orang ini berm@ksiat kepada Allah kerana dia b0doh (tidak tahu), sedangkan aku berm@ksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”


“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok), dan jangan pula perempuan-perempuan (mengolok-olokkan) perempuan lain, (kerana) boleh jadi perempuan (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari perempuan (yang mengolok-olokkan). Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (f@sik) setelah beriman. Dan barangsiapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang z@lim.” [al Hujurat, 49:11]


Saya pernah terbaca sepotong ayat dari suatu artikel yang lebih kurang berbunyi begini, “Jika anda sangka anda adalah orang yang paling bertaqwa kerana anda adalah orang bertaqwa, maka di saat itu juga, anda bukanlah orang yang bertaqwa sebenarnya”.


Namun, kita harus beringat, andai kata kita ternampak orang melakukan mksiat, dan kita bersangka baik terhadap mereka, maka kita juga tidak terlepas dari menanggung d0sa tersebut. Kerana Islam mewajibkan kita mencegah kemngkaran yang berlaku di persekitaran kita dengan kemampuan yang ada pada kita, seperti mana sabda Rasulullah s.a.w;


“Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan), jika ia tidak mampu, maka denagn lidahnya (secara lisan), dan jika ia tidak mampu juga, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju; tidak meredhai). Dan itu adalah selemah-lemah iman.” [Hadis Riwayat Muslim]


Jelas di sini, kita tidak boleh beranggapan baik terhadap orang yang melakukan m@ksiat secara terang-terangan. Contohnya apabila terlihat orang bermain judi, dan kita bersangka dalam hati, “Mungkin orang ini kesuntukan wang. Biarlah, dia pun nak cari rezeki menyara keluarga.” Tetapi sebaliknya, kita haruslah mencegah kemngkaran itu, bukan meredhainya.


Dan bagaimana pula dengan Suuzon? Suuzon adalah bersangka buruk. Islam melarang umatnya dari berburuk sangka seperti dalam firman Allah,


“Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin lelaki dan perempuan, tanpa ada kesalahan yang mereka perbuat, maka sungguh, mereka telah memikul kebohongan dan d0sa yang nyata.” [al Ahzab, 33:58]
Firman Allah lagi,


“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu d0sa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mat!? Tentu kamu merasa j!jik. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima taubat, Maha Penyayang.” [al Hujurat, 49:12]


Ustaz Nor Amin ada menyebut dalam penulisannya yang bertajuk Husnuzon dan Suuzon, bahawa umat Islam juga perlu bersangka buruk dalam beberapa perkara. Contohnya soal keselamatan diri, apabila ternampak orang yang tak dikenali berkeliaran di persekitaran perumahan pada waktu malam. Ini bukan kita menuduh, tetapi kita mengambil sikap berjaga-jaga dari berlakunya musibah-musibah yang tidak diingini. Perbuatan bersangka buruk sebegini diharuskan, kerana ia menjaga keselamatan diri dan harta kita.


Bersangka buruk terhadap prestasi pelajaran anak-anak, kerana mereka tidak membaca buku dan hanya main game dan menonton TV sahaja. Hasil dari sangka buruk tersebut, kita menghantar anak menghadiri kelas tusyen, kelas tambahan atau juga turut membantu dan membimbing mereka untuk meningkatkan prestasi anak tersebut.


Maka di sini merupakan sangka buruk yang menguntungkan semua pihak.Antara lain adalah, bersangka buruk terhadap pokok besar atau semak di belakang rumah kita, yang akan mengundang kehadiran binatang liar seperti ular sawa, atau mungkin juga haiwan penyebar jangkitan kuman seperti tikus, maka dengan sangka buruk tersebut kita bergotong-royong dengan ahli keluarga untuk memotong pokok serta mencantas semak tersebut untuk menjaga keselamatan rumah dan nyawa keluarga kita.


Maka bersangka buruk seperti ini juga diharuskan.Namun, walau apa pun, siapalah kita untuk menilai manusia. Hanya Allah berhak menilai manusia kerana hanya Dia yang mengetahui bisikan hati-hati ciptaanNya itu.


“Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah. Sungguh, Dia Maha Mengetahui segala isi hati.” [al Mulk, 67:13]


Semoga sedikit peringatan ini dapat membawa kita untuk bermuhasabah kembali serta membaiki hubungan sesama manusia. Dan yang lebih penting, bersangka baik dengan Allah :)Wallahua’lam.


Norlida Ishak Shop