Expired : 18.06.18

Jam Tangan Pintar Terkini Samsung Ialah Galaxy Watch Active – Ini Ialah Spesifikasinya

Sebelum ini kami melaporkan jam tangan pintar terkini Samsung akan mengggunakan nama Samsung Galaxy Sport. Nampaknya laporan ini tidak tepat dan sebaliknya ia akan menggunakan nama Samsung Galaxy Watch Active. Ini adalah menurut maklumat dari laman XDA Developer. Selain nama rasmi yang akan digunakan, spesifikasi juga kini diketahui.


Samsung Galaxy Watch Active akan menggunakan sistem operasi Tizen 4.0.0.3. Ia dilengkapi skrin 1.3″ AMOLED, dijana pemproses Exynos 9110 dan dilengkapi bateri sebesar 230 mAh. Terdapat sokongan NFC untuk pembayaran Samsung Pay serta penjejak kadar jantung. Tiada maklumat mengenai RAM dan saiz storan tetapi ia mungkin setanding dengan model teradahulu memandangkan ia tidak berubah sejak dua model sebelum ini.


Norlida Ishak Shop